Posts

TAZKIRAH PETANG SABBATH

  Nak jadi ahli neraka silakan jadi celaka… malapetaka kalau x beriman dengan hari akhirat…duniani kepalsuan rasa boleh seronok buatla sesuka hati… neraka tu dibuat dengan benda yang seronok didunia… syurga tu dibuat dengan benda yang x seronok didunia… pilihla nak masuk yang mana… kalau nak hidup seronok berpoya-poya silakanlah… kalau yang beringat ada hari pembalasan dia rasa takut dan benci dengan kemungkaran 😂😅🥲 Lidah tak bertulang, hati melompat macam belalang, dunia tempat berbohong dan menipu, akhirat semua kena kepong lidah jadi kelu,bahaya kalau ada sifat munafik, dihumban lagi bawah dari yang kafir dan diharamkan syurga selamanya… azab kita belum nampak cuma Nabi pesan awal kalau nak percaya… kalau buat2 lupa esok kena tanya lembaran kitab mungkar nangkir berjela-jela mana nak letak muka 😂😁🤣🥲🥹 Tanya diri sendiri, takkan kita nak jadi macam mereka yang celaka, nak habis baca al fatihah kita mintak dijauhkan dari golongan yang SESAT dan yang DIMURKAI… kita semua ken...

KAU AMPUNIKU, KAU PEDULIKANKU

  Ya Rahman Kau sayangilah aku, Ya Rahim Kau kasihanilah daku, Ya Mujib Kau tempat mengabulkan, Ya Muizzu Kau yang memuliakan. Ya Allah yang membangkitkan kami, Ya Allah yang menghidupkan kami, Ya Allah yang memberi cahaya penunjuk, Ya Allah yang memberi kekuatan. Ya Tuhanku Kau mencukupkan daku, Ya Tuhanku Kau menenangkan daku, Ya Tuhanku Kau membimbing daku, Ya Tuhanku Kau menyucikan daku. Ya Azim Engkaulah Yang Maha Agung, Ya Latif Engkaulah Yang Maha Lembut, Ya Halim Engkaulah Yang Maha Penyantun, Ya Zal Jala Li Wal Ikram, Tuhan Yang Memiliki Segala Kebesaran dan Kemuliaan.

Makna Bacaan Dalam Solat

 Kita dah solat berpuluh tahun, tapi masih kdg2 lupa maksud atau makna bacaan dalam solat. Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita sekali lg faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat *Takbiratul-Ihram / Takbir:* Allah Maha Besar. *Doa Iftitah:* Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku daripada golongan orang Islam. *Al-Fatihah:* Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya ...

Manusia Masih Mencari Allah Di dalam Allah

 Adakah kita Masih tidak mengenali Allah Tuhan yang mencipta kita daripada tiada begitu sahaja makhluk yang bergelar manusia? Sememangnya kita sering terkenang dan diulang-ulang dengan ayat 'awal agama mengenal Allah namun Masih tercari-cari kerana merasakan masih tidak mengenali. Siapa Allah? Mengapa Dia hanyalah Tuhan yang layak disembah selain Ilah-ilah yang dirupakan dengan pelbagai keadaan dengan tujuan untuk tunduk beribadah memohon segala sesuatu? Secara semulajadi manusia sememangnya mempunyai naluri untuk bergantung kepada satu kuasa yang diyakini untuk membantunya pada setiap permintaan. Sehinggalah ada manusia cuba mengaku menjadi Tuhan untuk disembah apatah lagi apabila mempunyai kuasa dan keistimewaan atau menjadi raja dan maharaja. Manusia adalah makhluk pelupa yang sentiasa alpa kerana kelalaian atau buta akibat keseronokan yang melampaui sehingga lupa asal-usul. Melampau adalah punca kita menjadi sesat dan tersesat kerana akibat melepasi garis atau telah ditetapkan ...

TAKDIR KITA

Satu lagi nak kongsi, kita telah ditakdirkan Allah swt dapat hidup atas dunia ni dari tiada kepada ada. kita manusia yang akan diberikan syurga atau neraka kecuali kita tukar diri kita kepada insan mukhlisin (ikhlas tunduk kepada Allah). Kita sama2 muhasabah jalan-jalan yang kita lalui dari tanpa seutas benang hingga jalan-jalan takdir hingga kini ke mana arah kita untuk menjadi golongan kanan atau kiri. Allah tidak lihat pada permulaan kita tapi pengakhiran kita bila terpisah dengan kelazatan dan kesibukan dunia apakah bekal kita kerana apa jua kesalahan dan dosa kita dengan Allah maka kita boleh bertaubat kecuali sesama manusia akan dihisab. Cukup menakutkan bila melihat betapa manusia ditakdirkan ke jalan kiri dengan kitab amal ditangan kiri dan betapa berharapnya kita untuk ditakdirkan ke jalan kanan dengan kitab amal ditangan kanan. Selagi punya masa dan betapa Allah memudahkan kita membuat kebaikan, mengingati akan akhirat walaupun sedetik maka beruntunglah daripada mereka yang t...

SEMANGAT ASSOBIAH (PERKAUMAN) BOLEH MENJADI JAHILIYYAH

 Manusia yang telah mendiami bumi ini sejak ribuan tahun lampau semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s iaitu bapa segala manusia bersama Siti Hawa sebagai ibu seluruh keturunan manusia yang telah diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Mereka berdua telah berkembang biak dengan diberi keturunan yang ramai dengan kelahiran anak-anak yang berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Apabila jumlah mereka yang ramai bermula dengan gelaran anak-anak adam, setrusnya cucu-cucu adam sehingga keturunannya sehingga kini. Menurut riwayat Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama. Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama....

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM, KITA BUKAN PEMILIK SYURGA DAN NERAKA

 Seringkali sejak dahulu lagi manusia sering berselisih pendapat tambahan pula setiap dari kita mempunyai citarasa dan keinginan yang berbeza namun kadangkalanya mempunyai titik persamaan yang sama menjadi sebuah ikatan yang kuat. Sejak peristiwa pembunuhan pertama dikalangan anak manusia, kisah Habil dan Qabil menjadi contoh bagaimana takdir menjadi satu pengajaran tentang pertelagahan serta permusuhan yang terbitt dari keinginan nafsu manusia yang boleh membawa bencana. Dalam menelusuri sejarah tersebut, inilah cerita atau pengkhabaran Allah SWT. tentang nasib yang akan menimpa setiap manusia apabila terjerumus dalam suatu kesalahan (dosa) dan kepatuhan dari melakukan dosa menyebabkan nasib antara dua orang anak Adam AS. itu membawa kepada kecelakaan atau kebahagiaan. Kesabaran orang yang faham akan hakikat kepatuhan kepada pemilik syurga dan neraka hanya berserah kepadaNya walaupun telah diancam oleh saudara sendiri untuk membunuhnya kerana sifat ketakwaan yang tinggi dan masih ...

KITA MANUSIA, KE SYURGA ATAU KE NERAKA

 Hakikatnya semua kita tidak pernah mengingati atau cuba mengingati dimana kita semua sebelum diberi kehidupan di dunia ini kerana kealpaan manusia itu adalah sifat utama apabila kita telah boleh berfikir dan keluar dari peringkat usia mumayyiz (yang tidak dipertanggungjawabkan tentang dosa dan pahala). Manusia adalah makhluk istimewa dan itu telah diperakui oleh Sang Maha Pencipta dititipkan melalui firmanNya dalam kitab termulia iaitu Al-Quran sebagaimana disampaikan oleh para penghulu segala Nabi dan Rasul junjungan besar SAW. Ketika Allah SWT. berfirman kepada para malaikat akan kehendaknya ingin menciptakan satu makhluk yang akan memakmurkan bumi sebagai pentadbir (khalifah) dimana dipersoalkan oleh para malaikat mengenai keraguan mereka terhadap makhluk yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Selayaknya hanya Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dengan berfirman atas jawapan terhadap keraguan para malaikat itu hanya Dia sahaja yang mengetahui atas k...

KORBAN DARI HATI NURANI

Salam Hari Tasyrik 12 Zulhijjah 1442H - Pengertian Kurban dalam ilmu feqah dikenali juga dengan istilah Udhhiyah. Di dalam Kitab Al-Jaami' Liu Ahkaamil Quran Imam al-Qurtubi mendefinisikan Udhhiyah secara bahasa dengan 'Kambing yang disembelih pada waktu dhahwah (waktu dhuha).' Sedangkan Udhhiyyah menurut istilah syara' sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Abdiin dalam Kitab Hasyiah Ibnu Abdiin adalah: 'Haiwan yang disembelih dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah SWT di hari Nahr dengan syarat-syarat tertentu.' Dalam buku 'Fiqh Ibadah' oleh Zaenal Abidin, perintah menyembelih haiwan qurban ini disebutkan Allah SWT dalam Al Qur'an surat Al-Kautsar ayat 1-3. ‎إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ innā a'ṭainākal-kauṡar Artinya: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. ‎فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ fa ṣalli lirabbika wan-ḥar Artinya: Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah. ‎إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ inna sy...

DUNIAKU, DUNIA MEREKA DAN DUNIA KITA

Aku datang dari jauh bukan untuk mengeluh dan merusuh apatah lagi menjadi bodoh, Aku dikerah untuk berpeluh dah memilih jalan baik atau jalan buruk, Aku hidup dengan nyawa berjasadkan jasmani manusia dari tanah yang terhampar, Aku diberi pakaian siang untuk berusaha dan selimut malam untuk beribadah tanpa leka, Aku sentiasa lalai dan cuai akan ujian yang senantiasa menerpa, Aku jika gagal akan menjadi mangsa serigala atau menjadi domba yang hilang dari kawanan dilupakan tuannya, Aku tidak tahu nasib baik burukku kecuali merayu dan mengadu, Aku perlu mengenali Dia Sang Pencipta untuk kenal diri ini makhluk hina dina dari cairan benih senggama, Aku perlu melangkah setiap tapak bukan celapak dan bergerak dengan riak, Aku perlu sedar untuk bersihkan jiwa bukan terpedaya atau berpura-pura lupa akan asal usul makhluk bergelar manusia, Aku perlu menagih simpati dan tekad dihati agar jiwa dan raga diredhai olehNya. Mereka bising seperti deringan loceng membuatkanku ingin mengasing, Mereka cemb...

BERHALA PERTAMA SEMBAHAN MANUSIA

Berhala atau patung adalah hal yang umum disembah bagi kebanyakan orang sebelum masa-masa sebelum kedatangan Islam sehingga timbullah stigma dalam ajarannya. Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menyebarluaskan ajaran Islam malah sebagai rahmah sekalian alam (termasuk alam flora, fauna dan Jin). Namun, kehadirannya pada masa-masa patung menjadi sesembahan bukanlah hal yang baik, sebab beliau seakan menghancurkan apa yang sudah mereka sembah selama ini. Padahal, patung yang mereka sembah adalah sumber dosa seperti juga moyangnya Nabi Ibrahim AS. Makanya, pada masa Fathu Makkah(pembukaan dan penawanan), perkara yang pertama kali dihancurkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah berhala atau patung agar tidak lagi dijadikan ssembahan dan Baginda SAW tidak menumpahkan darah sesama manusia (mereka boleh berlindung di rumah Abu Sufyan). Bukan hanya Nabi Muhammad SAW, akhirnya para nabi dan rasul lainnya ikut serta memerangi perbuatan syirik dan mengajak manusia untuk...

IMAM BUKHARI MUHADDIS AGUNG

Beliau bukanlah seorang arab, sahabat atau tabii'n yang hidup hampir dengan zaman Rasulullah SAW namun beliau berpeluang untuk berjumpa dengan ramai ulama-ulama hebat. Bapanya berguru dengan Imam Malik, seorang yang warak juga ahli perniagaan yang berjaya namun telah meninggalkannya semasa usia beliau masih kanak-kanak. Beliau lahir dan dibesarkan di Bukhara, sebuah wilayah jauh ke utara berhampiran Khurasan dalam kawasan geografi Uzbekistan sekarang. Beliau telah dilahirkan pada hari Jumaat, 13 Syawal 194H. Ibunya telah membesarkannya bersama seorang adik lelaki dengan didikan agama tambahan pula beliau sememangnya mempunyai bakat dan daya hafalan yang kuat. Beliau pernah mengalami masalah penglihatan semasa kecil namun berkat doa ibunya, ianya telah pulih seperti sediakala. Beliau mempunyai semangat yang kuat untuk menghafal hadis dan bersungguh-sungguh memastikan setiap hadis tersebut benar-benar sahih dengan sanad dan jauh dari penambahan atau dicemari dusta. Beliau juga mempun...

PERMINTAAN DAN HARAPAN ADALAH TAKDIR SEORANG HAMBA

Manusia adalah sebaik-baik penciptaan oleh Yang Maha Esa kerana ia telah dipilih sebagai khalifah (pentadbir) yang diberi amanah untuk memakmurkan bumi ini yang dahulunya mati dan dihidupkan oleh kehidupan yang diciptakan bermulanya dari air. Manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang telah dipunyai oleh haiwan namun dilebihkan dengan akal yang membolehkan mereka berkembang menjadi makhluk moden yang mampu menguasai segalanya yang ada di bumi. Apabila Allah swt menciptakan manusia, makhluk inilah yang mengaku dan mengesakan Tuhannya dan menjelaskan lagi kemegahan dan keagungan Allah swt sebagai sebaik-baik pencipta dan Tuhan yang tunggal untuk disembah kerana akalnya telah diberi kebebasan untuk memilih mengikut kemahuannya. Sejak penciptaan manusia pertama tuhan telah menceritakan melalui penyampaian Rasulullah saw mengenai keinginannya yang kuat serta naluri yang sentiasa berharap dan selalu meminta-minta. Manusia memang diciptakan dengan sifat tergesa-gesa sebaik sahaja menghembus n...

PENGORBANAN ADALAH SYARIAT TUHAN

Hari ini adalah hari yang ketiga dalam hari-hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah 1441 Hijriah bagi semua umat Muhammad SAW yang patuh dengan sunnah dan perintah tuhanNYA. Pada tiga hari selepas 10 Zulhijjah (Eiduladha) ini kita semua digalakkan untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT selain ibadah khusus iaitu menyembelih binatang ternakan dan diagihkan kepada fakir miskin, jiran tetangga, sanak saudara serta masyarakat sekitarnya. Asas kepada perayaan ini adalah bagi mengenangkan peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim AS keatas perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia sebenarnya bukanlah bermaksud Allah SWT itu zalim tetapi inilah ujian yang perlu dilalui oleh kedua-duanya iaitu si bapa dan si anak. Peristiwa ini juga bagi menjadi pengajaran kepada semua manusia yang beriman tentang betapa pentingnya menuruti perintah Allah SWT tanpa ada dolak-dalik walaupun ianya amat berat untuk dilakukan. Ibrahnya ialah pengorbanan harus dilakukan oleh orang-orang beriman atas...

COVID 19, BENCANA YANG DITAKDIRKAN SEBAGAI PENGAJARAN

Segala puji bagi Allah swt. yang berkuasa atas segala sesuatu kerana dialah Tuhan yang layak disembah dan mempunyai asmaul husna dengan sifat-sifatNya sebagai Tuhan yang esa. Setelah 20 tahun berlalu selepas era milenia abad yang baharu ini tiada siapa yang menyangka manusia akan ditimpa bencana yang cukup dasyat di seluruh dunia dan hampir seluruh negara terjejas. Jika dahulunya setiap bencana berlaku oleh bencana alam yang menjejaskan sesetengah negara sahaja namun kini akibatnya dirasai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, bangsa dan agama semuanya terpaksa dan dipaksa mendepaninya. Pada era 90an dahulu bencana akibat peperangan menyebabkan seluruh dunia mengalami suasana yang berbeza akibat kesan ekonomi yang dihadapi oleh kebanyakan negara yang terjejas. Manusia selalunya akan berlumba dengan daya ekonomi dan menguasai pasaran kewangan serta persenjataan dalam mengawal pengaruh terutamanya negara kuasa besar dunia. Dalam suasana moden dengan persekitaran teknol...

NABI YUSUF A.S DARI SEORANG ANAK TERBUANG, BANDUAN MENJADI MENTERI PENGUASA MESIR YANG BIJAKSANA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan dan atas jalan takdirnya untuk menulis dan merakamkan beberapa kisah dari pembacaan Al Quran serta terjemahannya. Kisah Nabi Yusuf a.s telah diceritakan oleh Allah swt dalam firmannya didalam Al Quran melalui Surah Yusuf (12:1-111) dengan ayatnya dimulakan dengan tiga huruf hijaiyah iaitu Alif, Lam dan Ra. Tuhan mengingatkan kita bahawa kebenaran yang ada didalam Al Quran dengan bahasa yang dapat difahami bagi mereka yang menggunakan akal. Kisah-kisah yang diceritakan Allah swt ini adalah diluar pengetahuan manusia. Kisah Baginda bermula dengan pertanyaannya kepada ayahnya Nabi Yaakub a.s mengenai mimpi pelik yang memerlukan tafsiran yang akan diceritakan pada akhir surah ini. " (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hor...