Manusia Masih Mencari Allah Di dalam Allah

 Adakah kita Masih tidak mengenali Allah Tuhan yang mencipta kita daripada tiada begitu sahaja makhluk yang bergelar manusia?

Sememangnya kita sering terkenang dan diulang-ulang dengan ayat 'awal agama mengenal Allah namun Masih tercari-cari kerana merasakan masih tidak mengenali.

Siapa Allah? Mengapa Dia hanyalah Tuhan yang layak disembah selain Ilah-ilah yang dirupakan dengan pelbagai keadaan dengan tujuan untuk tunduk beribadah memohon segala sesuatu?

Secara semulajadi manusia sememangnya mempunyai naluri untuk bergantung kepada satu kuasa yang diyakini untuk membantunya pada setiap permintaan.

Sehinggalah ada manusia cuba mengaku menjadi Tuhan untuk disembah apatah lagi apabila mempunyai kuasa dan keistimewaan atau menjadi raja dan maharaja.

Manusia adalah makhluk pelupa yang sentiasa alpa kerana kelalaian atau buta akibat keseronokan yang melampaui sehingga lupa asal-usul.

Melampau adalah punca kita menjadi sesat dan tersesat kerana akibat melepasi garis atau telah ditetapkan oleh sang pencipta.

Apabila kita dicipta maka kita bukanlah Tuhan yang boleh mencipta dan kerana ada batas manusia tidak mampu berfikir melebihi kemampuan akalnya.

Permainan dunia membuatkan kita sentiasa mencari Tuhan walhal Ianya sentiasa bersama kita kerana kehidupan kita Dari tiada ini adalah bukti Dia ada.

Adat manusia suka melihat yang jauh dan bukannya yang ada dalam diri kerana takut melihat kekurangan dan sentiasa mencari yang jauh dan sentiasa menipu kata hati sendiri menyebabkan sentiasa tercari-cari Sang Abadi.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya