Posts

Showing posts with the label tuhan

PERMINTAAN DAN HARAPAN ADALAH TAKDIR SEORANG HAMBA

Manusia adalah sebaik-baik penciptaan oleh Yang Maha Esa kerana ia telah dipilih sebagai khalifah (pentadbir) yang diberi amanah untuk memakmurkan bumi ini yang dahulunya mati dan dihidupkan oleh kehidupan yang diciptakan bermulanya dari air. Manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang telah dipunyai oleh haiwan namun dilebihkan dengan akal yang membolehkan mereka berkembang menjadi makhluk moden yang mampu menguasai segalanya yang ada di bumi. Apabila Allah swt menciptakan manusia, makhluk inilah yang mengaku dan mengesakan Tuhannya dan menjelaskan lagi kemegahan dan keagungan Allah swt sebagai sebaik-baik pencipta dan Tuhan yang tunggal untuk disembah kerana akalnya telah diberi kebebasan untuk memilih mengikut kemahuannya. Sejak penciptaan manusia pertama tuhan telah menceritakan melalui penyampaian Rasulullah saw mengenai keinginannya yang kuat serta naluri yang sentiasa berharap dan selalu meminta-minta. Manusia memang diciptakan dengan sifat tergesa-gesa sebaik sahaja menghembus n...

PENGORBANAN ADALAH SYARIAT TUHAN

Hari ini adalah hari yang ketiga dalam hari-hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah 1441 Hijriah bagi semua umat Muhammad SAW yang patuh dengan sunnah dan perintah tuhanNYA. Pada tiga hari selepas 10 Zulhijjah (Eiduladha) ini kita semua digalakkan untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT selain ibadah khusus iaitu menyembelih binatang ternakan dan diagihkan kepada fakir miskin, jiran tetangga, sanak saudara serta masyarakat sekitarnya. Asas kepada perayaan ini adalah bagi mengenangkan peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim AS keatas perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia sebenarnya bukanlah bermaksud Allah SWT itu zalim tetapi inilah ujian yang perlu dilalui oleh kedua-duanya iaitu si bapa dan si anak. Peristiwa ini juga bagi menjadi pengajaran kepada semua manusia yang beriman tentang betapa pentingnya menuruti perintah Allah SWT tanpa ada dolak-dalik walaupun ianya amat berat untuk dilakukan. Ibrahnya ialah pengorbanan harus dilakukan oleh orang-orang beriman atas...

Aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH...

Setiap manusia yang lahir ke dunia walaupun dia seorang atheis atau komunis, jauh disudut hatinya mengaku dan mengakui bahawa wujudnya satu kuasa iaitu tuhan. Fitrah manusia sebagai makhluk yang dijadikan ALLAH ini nalurinya tahu akan kewujudan tuhan sebagaimana akal,roh dan nafsu itu mengaku kewujudannya. Mustahil kita lahir ke dunia ini secara tiba-tiba dan mustahil seluruh alam ini wujud dengan serta merta tanpa ada awalan atau penguasa yang menciptanya. Sukar untuk menafikan kitidakwujudan tuhan oleh sesiapa jua sehingga ada golongan yang berikrar tidak mempercayai tuhan namun mereka sebenarnya secara tidak langsung mengakui kewujudan tuhan dengan menafikan kewujudannya. Menurut teori darwin, semua benda yang berada di alam ini terjadi dengan semulajadi serta berubah melalui proses revolusi tersendiri. Mustahil juga bumi ini terjadi dengan sendiri sesuka hati tanpa pengurus atau penciptanya kerana mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendiri dan jika berlakunya proses ...