Aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH...


Setiap manusia yang lahir ke dunia walaupun dia seorang atheis atau komunis, jauh disudut hatinya mengaku dan mengakui bahawa wujudnya satu kuasa iaitu tuhan. Fitrah manusia sebagai makhluk yang dijadikan ALLAH ini nalurinya tahu akan kewujudan tuhan sebagaimana akal,roh dan nafsu itu mengaku kewujudannya.


Mustahil kita lahir ke dunia ini secara tiba-tiba dan mustahil seluruh alam ini wujud dengan serta merta tanpa ada awalan atau penguasa yang menciptanya. Sukar untuk menafikan kitidakwujudan tuhan oleh sesiapa jua sehingga ada golongan yang berikrar tidak mempercayai tuhan namun mereka sebenarnya secara tidak langsung mengakui kewujudan tuhan dengan menafikan kewujudannya.


Menurut teori darwin, semua benda yang berada di alam ini terjadi dengan semulajadi serta berubah melalui proses revolusi tersendiri. Mustahil juga bumi ini terjadi dengan sendiri sesuka hati tanpa pengurus atau penciptanya kerana mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendiri dan jika berlakunya proses revolusi maka mengapa manusia yang sudah berada di mukabumi ini beribu-ribu tahun tidak menukar menjadi bentuk lain atau fosil seekor nyamuk yang dijumpai dan dipercayai berusia beribu tahun dahulu tidak berubah sedikitpun dengan keadaan nyamuk pada zaman kini?


Sesungguhnya manusia itu lemah dan tidak berupaya untuk tidak menafikan bahawasanya tuhan itu ada. Oleh kerana itu sejak dari zaman dahulu manusia mempunyai ritual-ritual keagamaan yang terbukti dengan kewujudan banyak tapak-tapak arkeologi tempat penyembahan. Siapa atau apa yang disembah sebagai tuhan adalah berlainan oleh setiap tamadun dan selalunya manusia yang mempunyai kuasa mengaku sebagai tuhan supaya para pengikutnya patuh dengan kekuasaan.


Terdapat patung-patung yang diukir sebagai tuhan yang secara logiknya kaku dan langsung tidak memberi kemudaratan kecuali jika kita percaya dan yakin kepada batu atau kayu itu lalu syaitan dan jin yang menjalankan kesesatan. Manusia yang mengaku tuhan atau disembah sebagai tuhan pula disebabkan oleh sesetengah pengikutnya yang telah terjerumus dengan kesesatan dengan melabel beberapa individu sebagai tuhan.


Jika akal digunakan tanpa nafsu mempengaruhi maka kita akan betul-betul yakin dengan kewujudan tuhan yang semestinya tidak sama dengan apa-apa jua makhluk yang kita nampak. Linhat sahaja Nabi Ibrahim a.s yang merenung memikirkan siapakah tuhan dari matahari, bintang dan bulan yang kesemuanya dikatakan bukan kerana yang maha kuasa itu menunjuk jalan.


Segala puji bagi ALLAH yang melahirkan aku dalam keluarga Islam dengan nikmat dan rahmatnya aku tidak susah mengenal tuhan. Dari kecil hingga dewasa diasuh mengenai agama yang diredhai ini melalui perantara Muhammad Rasulullah SAW. Hanya dialah tuhan yang layak disembah dengan kebuktian dari penjelasan yang terdapat didalam Al-Quran. Umum telah tahu bahawa Islam itu satu-satunya ajaran yang bertuhankan ALLAH dan berasulkan Muhammad SAW walaupun ada ajaran-ajaran lain yang mempercayai keesaan tuhan namun ia telah jauh dalam kesesatan akibat perbuatan tangan manusia yang tidak mengenal tuhan.


Maka sempurnakanlah syahadah (TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUHNYA) dengan akujanji kita ini sebagai rukun yang pertama sebagai seorang muslim.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya