Doa pembuka menghadap yang esa.

Selepas bertakbir tangan diqiamkan dengan  tapak tangan kiri diatas pusat dan tapak tangan kanan diatasnya (Mazhab syafie).Kemudian dibacakan doa pembuka (iftitah) yang berbunyi:


"Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin."
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.

Dengan tafsiran meletakkan segala kebesaran, puji-pujian hanya untuk Allah swt siang dan malam kita bertakbir,bertahmid dan bertasbih kepadanya. Dengan menghadap wajah kita umpama menghadap kepada raja dunia namun perlu berganda hormat lagi kerana ia adalah raja segala raja dengan luasnya kerajaannya meliputi langit dan bumi. Hanya kepadanya kita berserah dengan mengaku kita ini bukanlah menyekutukannya sebagaimana golongan-golongan musyrik dahulu, kini dan selamanya. Dengan mengakui bahawa  segala penyembahan, ibadat dan kehidupan serta kematian hanyalah untuknya tanpa sesekalipun menyekutukannya. Oleh itu kita memperakui bahawa kita ditugaskan(dihidupkan) dengan kehidupan dunia ini hanya semata-mata untuk beribadat kepadanya seperti golongan orang-orang islam yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya