Surah pembukaan keabdian...

Setelah membaca doa pembuka (iftitah) dengan rasa rendah diri dan kusyuk kita bacakan pula Surah pertama (Ummul Kitab) yang tersusun di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah. Ia dibaca dengan berulang setiap kali memulakan rakaat dalam solat.Ia dibaca dengan transliterasi seperti ini:

Alhamdulillahirabbil a'lamin.
Arrahmanirrahim.
Malikiyaumiddin.
Iyya kana'budu waiyya kanastai'n.
Ihdinashiratholmustaqim.
Shiratallazi naan a'm taa'laihim,
Ghairilmaghdubi alaihim, Waladhallin. Amin.

(Sebutan rumi tidak sama dengan bunyi huruf jawi)

Dengan lafaz dan terjemahan ringkas yang bermaksud:


Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang berkuasa pada hari beragama (hari dimana agama sahaja yang penting)
Hanya kepada engkaulah kami sembah penuh keabdian dan meminta segala pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus sebagaimana jalan orang-orang yang engkau berikan kepada mereka nikmat.
Bukan jalan-jalan orang yang sesat dan jalan orang-orang yang engkau murkai.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya