Tunduk Rukuk dan Sujud Pengabdian


Selepas membaca surah terpilih maka tunduklah kita berserah dengan kepala dan pinggang separas dan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas kepala lutut. Dengan mulut memuji "Subhanarabbiyal azhimi wabihamdi" dan hati terus meagungkan "Maha Suci tuhanku yang Maha Agung dan segala pujian".


Bangun kembali (iktidal) dengan mengucapkan "Samiallahu liman hamidah (Maha Mendengar Allah akan pujian orang yang memujinya)" dan "Rabbana lakalhamdu (Ya tuhanku, untukmulah segala pujian)". Seterusnya terus sujud dengan rasa rendah diri dan betapa hinanya kita dengan bacaan "Subhanarabbiyal a'la wabihamdi" dengan hati meagungkannya "Maha Suci tuhan  yang Maha Tinggi dan segala pujian ".

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya