Mengerjakan SOLAT lima waktu

Wahai orang-orang beriman, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat agar kamu semua mendapat berkat dan selamat dari tuhan yang maha mengasihi. Setiap agama mesti mempunyai ritual penyembahan kepada tuhan atau dewa-dewa keangungan mereka. Mereka mempercayainya sehingga sanggup membuat persediaan yang rapi bagi menjalankan ritual-ritual suci itu.

Rukun islam yang kedua ialah solat satu persembahan ibadat yang diperintahkan oleh ALLAH secara langsung dengan Rasulullah SAW ketika peristiwa israk mikraj baginda menghadap Rabbuljalil di Baitulmakmur Arasy di puncak langit ketujuh. Betapa besarnya solat itu sehinggakan Maha Pencipta sendiri yang mengarahkan rasulnya supaya mendirikan solat bermula dengan 50 waktu sehari semalam sehingga tinggal 5 waktu sehari semalam. Uniknya solat yang diperintahkan ini diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibril a.s dengan segala pergerakan jasmani sehinggalah diikuti hingga ke hari ini.

Waktu yang ditentukan untuk bersolat pula berdasarkan pergerakan matahari yang mudah bagi setiap umatnya memerhati walau dimana sahaja di penjuru bumi. Subuh dilakukan setelah terbitnya garisan caya putih melintang tanda bermulanya siang dan berakhirnya malam sehinggalah terbitnya fizikal matahari dengan kadar dua rakaat. Setelah tergelincirnya matahari dari tegakknya ia diatas kepala menandakan masukknya waktu Zohor dengan kadar empat rakaat. Berakhirnya waktu itu apabila matahari mula condong separas pandangan mata diufuk barat menandakan bermulanya waktu Asar dengan kadar empat rakaat. Bila matahari menyinsing dengan tenggelamnya matahari tetepi cahanya masih kelihatan dan selalunya terbit awan kemerah-merahan menandakan waktu Maghrib difardhukan dengan nilai tiga rakaat sehingga lenyapnya cahaya matahari (awan merah) sepenuhnya dengan gelap mula menguasai langit memberi tanda bermulanya Isyak yang wajib didirikan dengan empat rakaat. Begitulah kebesaran ALLAH tuhan yang maha agung memberikan pengetahuan yang besar melalui ciptaannya bagi kegunaan manusia sekelian agar menunaikan kewajipan 17 rakaat yang menjadi tuntutannya.

Maka berwuduklah para orang-orang yang beriman dengan membasuh muka, kedua tangan hingga siku, sebahagian kepala dan kedua kakinya sehingga buku lali. Berdiri tegak menghadap kiblat (arah matahari terbenam bagi penduduk di timur dan arah matahari terbit bagi penduduk dibarat Kaabah di kota Mekah) dengan kedua tangan mengangkat takbir dengan kedua-dua tapak tangan menghadap kiblat dan ibu jari hampir mencecah kedua-dua cuping telinga. Mengosongkan segala ingatan kepada dunia kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada tuhan yang Maha Esa dengan sifat-sifat Asmaul Husna dengan mengagungkan kebesarannya dan niat solat hanya untuk ALLAH semata-mata ikhlas tanpa ada sedikitpun riya' atau kerana sedikit untung dunia. Maka bermulalah bertakbir ALLAHUAKBAR (Allah Maha Besar) seiring dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya