Posts

Showing posts from May, 2010

Tauhid dan Istiqamah

Bukan senang sebenarnya untuk membuktikan ketauhidan kita kepada Allah S.W.T. sehinggakan turunya satu peristiwa dalam hadis tentang Islam,Iman dan Ihsan. Tatkala Jibrail datang kepada  rasulullah lalu duduk sehiggakan lututnya bertemu dengan lutut baginda bertanyakan soalan tentang apa itu Iman, Islam dan Ihsan. Ketauhidan sebenarnya adalah pembuktian zahir dan batin serta kepercayaan yang tiada sedikitpun keraguan tentang kepercayaan kepada Allah dan tidak menyamakannya sedikitpun dengan apa saja yang kita fikirkan. Sukar sebenarnya untuk kita lari dari perasaan membayangkan dia dan merasa gerun kepadanya setiap detik kerana dunia selalu melalaikan kita dengan segala urusannya. Oleh sebab demikian para ulama dahulu menyediakan kepada kita ilmu sifat 20 (sifat2 wajib dan sifat2 mustahil) bagi Allah walaupun ada segelintirnya menganggap ia bukan ajaran Rasulullah S.A.W. namun ia adalah kesinambungan darinya melalui para ulama muktabar yang sentiasa berpegang kepada janji2nya. Kita pe