COVID 19, BENCANA YANG DITAKDIRKAN SEBAGAI PENGAJARAN

Segala puji bagi Allah swt. yang berkuasa atas segala sesuatu kerana dialah Tuhan yang layak disembah dan mempunyai asmaul husna dengan sifat-sifatNya sebagai Tuhan yang esa.

Setelah 20 tahun berlalu selepas era milenia abad yang baharu ini tiada siapa yang menyangka manusia akan ditimpa bencana yang cukup dasyat di seluruh dunia dan hampir seluruh negara terjejas. Jika dahulunya setiap bencana berlaku oleh bencana alam yang menjejaskan sesetengah negara sahaja namun kini akibatnya dirasai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, bangsa dan agama semuanya terpaksa dan dipaksa mendepaninya.

Pada era 90an dahulu bencana akibat peperangan menyebabkan seluruh dunia mengalami suasana yang berbeza akibat kesan ekonomi yang dihadapi oleh kebanyakan negara yang terjejas. Manusia selalunya akan berlumba dengan daya ekonomi dan menguasai pasaran kewangan serta persenjataan dalam mengawal pengaruh terutamanya negara kuasa besar dunia. Dalam suasana moden dengan persekitaran teknologi yang semakin canggih secara beransur-ansur mereka melupakan tuhan.

Setiap bencana yang berlaku pasti terjadi akibat dari tangan-tangan manusia yang selalu membuat kerosakan serta bencana yang ditimpa oleh tuhan akibat kezaliman manusia terhadap sesuatu kaum. Negara yang kuat dan hebatpun terpaksa tunduk dengan bencana ini yang disebabkan oleh sejenis virus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar namun ianya mampu membawa maut kepada sesiapa jua. Manusia sering alpa dan tidak menghiraukan akan satu kuasa yang mengatasi segalanya dan adakan mereka akan mengambil pengajaran dan bergantung harap kepadaNya Allah swt. pemilik alam semesta dan makhluk ciptaannya yang meliputi langit dan bumi.

Banyak hikmah dan pengajaran dapat diambil dan diteladani oleh kita sebagai hamba yang lemah atas bencana yang menimpa hampir seluruh dunia ini. Bagaimana semua aktiviti manusia menjadi terbatas, perniagaan dan sebarang aktiviti sosial, ekonomi, hiburan serta keagamaan terjejas teruk. Tidak pernah berlau dalam sejarah moden manusia bencana penularan virus ini menyebabkan manusia 'terpenjara' dan menjadi hilang punca kerana terpaksa dan dipaksa untuk membataskan pergerakan, pergaulan dan hidupan seharian jauh daripada kebiasaan.

Sifat kemanusian terpuji akan dapat dilihat dengan pertolongan dan bantuan oleh sesama manusia dalam mengurangkan beban bersama sesuai dengan perintah tuhan. Fenomena yang paling dirasai ialah hilangnya perasaan Islamophobia oleh mereka yang bukan Islam. Bermula di negara asal wabak ini, China yang sebelumnya telah melakukan penindasan terhadap warganya di wilayah Islam dengan mula melakukan perkara yang dilakukan oleh umat Islam seperti berwuduk dan cuba ikut bersolat. Kuasa Allah swt. sememangnya boleh mengatasi segalanya kerana Dialah tuhan yang memegang hati dan menakluk setiap jiwa manusia. Selepas pada itu, negara-negara terjejas di eropah pula mula membenarkan azan berkumandang di beberapa bandar utamanya disebabkan ketakutan dan mengharapkan rahmat tuhan menjauhkan bahayanya kedasyatan akibat penyakit ini. 

Naluri manusia itu sememangnya telah diciptakan dengan mengakui dan merasai keperluan rohani dan jasmaninya terhadap keberadaan tuhan. Apabila ditimpa marabahaya mereka akan terus memohon ampun dan pertolongan Allah swt. tetapi apabila telah mula merasa selesa dan aman mereka akan melupakannya semula. Ini telahpun diceritakan didalam Al-Quran melalui firmannya;Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS. Yunus: 12), "Maka apabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah)." (QS. Al-Ankabut: 65) dan "Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia.  Maka tatkala Dia menyelamatkan Kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia adalah selalu tidak berterima kasih." (QS. Al-Isra': 67)

Maka dengan kejadian yang melanda di tahun ini semua manusia harus menginsafi terutamanya kita sebagai seorang muslim perlu berfikir akan hikmah yang dapat diambil sebagai pengajaran. Jika kita benar-benar merasakan segala kejadian yang berlaku ini adalah takdirnya yang telah tersuran kerana walaupun peristiwa ini mungkin akibat dari tangan-tangan kotor manusia tetapi Allah swt yang adalah sebaik-baik perancang. Cuma kejadian ini perlu kita lihat sama ada ianya musibah atau bala yang menimpa akibat dari kelemahan serta kezaliman kita sebagai manusia kerana setiap yang menimpa itu akan menjejaskan semua masyarakat walaupun segelintir pihak yang melakukan kezaliman tersebut namun tetap akan dirasai oleh semua.

Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah