TAKDIR KITA

Satu lagi nak kongsi, kita telah ditakdirkan Allah swt dapat hidup atas dunia ni dari tiada kepada ada.


kita manusia yang akan diberikan syurga atau neraka kecuali kita tukar diri kita kepada insan mukhlisin (ikhlas tunduk kepada Allah).


Kita sama2 muhasabah jalan-jalan yang kita lalui dari tanpa seutas benang hingga jalan-jalan takdir hingga kini ke mana arah kita untuk menjadi golongan kanan atau kiri.


Allah tidak lihat pada permulaan kita tapi pengakhiran kita bila terpisah dengan kelazatan dan kesibukan dunia apakah bekal kita kerana apa jua kesalahan dan dosa kita dengan Allah maka kita boleh bertaubat kecuali sesama manusia akan dihisab.


Cukup menakutkan bila melihat betapa manusia ditakdirkan ke jalan kiri dengan kitab amal ditangan kiri dan betapa berharapnya kita untuk ditakdirkan ke jalan kanan dengan kitab amal ditangan kanan.


Selagi punya masa dan betapa Allah memudahkan kita membuat kebaikan, mengingati akan akhirat walaupun sedetik maka beruntunglah daripada mereka yang tiada masa untuk mengingati akad tujuan kehidupan kita dengan Allah.


Alangkah malangnya jika kita tudak punya rasa bersalah, rasa kehambaan untuk sujud merendahkan diri dan celakalah kita jika terus dihanyutkan kesenangan dunia yang menipu sehingga tiba-tiba kita melihat jasad sendiri terbaring kaku.

Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah