NABI YUSUF A.S DARI SEORANG ANAK TERBUANG, BANDUAN MENJADI MENTERI PENGUASA MESIR YANG BIJAKSANA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan dan atas jalan takdirnya untuk menulis dan merakamkan beberapa kisah dari pembacaan Al Quran serta terjemahannya.
Kisah Nabi Yusuf a.s telah diceritakan oleh Allah swt dalam firmannya didalam Al Quran melalui Surah Yusuf (12:1-111) dengan ayatnya dimulakan dengan tiga huruf hijaiyah iaitu Alif, Lam dan Ra. Tuhan mengingatkan kita bahawa kebenaran yang ada didalam Al Quran dengan bahasa yang dapat difahami bagi mereka yang menggunakan akal. Kisah-kisah yang diceritakan Allah swt ini adalah diluar pengetahuan manusia.
Kisah Baginda bermula dengan pertanyaannya kepada ayahnya Nabi Yaakub a.s mengenai mimpi pelik yang memerlukan tafsiran yang akan diceritakan pada akhir surah ini. "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".(Yusuf 12:4)" Maka Nabi Yaakub a.s berpesan kepada Baginda supaya tidak menceritakan kepada saudara-saudaranya yang lain kerana Syaitan akan mengilhamkan rancangan jahat kepada mereka.
Nabi Yusuf a.s dan Bunyamin merupakan anak Nabi Yaakub a.s dengan isterinya yang lain berbeza dengan saudara-saudaranya yang lain. Oleh disebabkan Nabi Yaakub a.s ini lebih menyayangi kedua-duanya maka saudara-saudaranya yang lain amat mencemburuinya. Oleh yang demikian timbulah rencana jahat bagi membunuh Yusuf kerana merasakan ayah mereka tidak adil dalam membahagikan kasih sayang. Biasalah perasan manusia akan sentiasa berfikir mereka akan mendapat kurang dan ada yang akan mendapat lebih dalam hal apapun terutamanya dalam hal kasih sayang.
Pada suatu hari mereka mencari jalan bagaimana untuk membunuh Yusuf tetapi dengan takdir Allah swt ada seorang saudaranya (Yehuda) memberi pendapat agar tidak dibunuh tetapi dibuang ke dalam perigi agar dikutip oleh musafir-musafir yang lalu disitu. Mereka pun memujuk Nabi Yaakub agar memberi keizinan agar mereka boleh membawa Yusuf bersama-sama bermain dengan mereka jauh dari rumah. Nabi Yaakub amat bimbang jika mereka tidak dapat menjaga baginda jika diserang serigala tetapi mereka berkeras untuk menjaganya.
Setelah mereka menghumban Yusuf ke dalam perigi itu dan pulang kerumah pada waktu senja mereka memberikan khabar bahawa Yusuf telah dimakan oleh serigala dengan membawa pakaian yang berlumuran dengan darah palsu. Ketika Yusuf dicampak ke dalam perigi, Allah telah mengilhamkan kepada Baginda akan akibat perbuatan saudara mereka itu yang pada ketika itu mereka tidak lagi mengingatinya. Nabi Yaakub amat marah dengan perbuatan anak-anaknya namun tetap bersabar dan memohon pertolongan Allah swt.
Apabila satu rombongan peniaga melalui kawasan itu, maka seorang pencari air dari kalangan mereka menjumpai Yusuf yang tergantung pada tali timbanya. Gembiralah orang itu yang kemudiannya memikirkan habuannya kerana akan dijual Yusuf dalam beberapa dirham sahaja. Baginda telah dibeli oleh seorang pembesar mesir ketika itu sebagai anak angkat dan dipelihara dengan baik kerana pasangannya tidak dikurniakan anak. Dalam tempoh kehidupan tersebutlah Allah swt sentiasa memberi ilham kepada Yusuf mengenai ilmu mentafsir mimpi. Sehinggalah Baginda dewasa dengan rupa paras yang elok dan memukau setiap mereka yang memandangnya.
Inilah ujian yang kedua bagi Nabi Yusuf a.s apabila ia sering digoda oleh isteri tuannya (Zulaikha) itu sehingga terjadilah peristiwa yang menyebabkan ianya dipenjarakan. Kisah ini diceritakan oleh Allah swt dalam Al Quran sepertimana firmanNYA; Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.(Yusuf 12:24).
Apabila ujian bertambah berat setelah Zulaikha mengadakan satu keramaian bagi membuktikan ketampanan rupa paras Nabi Yusuf a.s kepada khalayak yang mencaci akan perbuatannya. Kesemua mereka wanita-wanita yang hadir telah melukai tangan sendiri apabila melihat rupa paras Yusuf. Mereka melihatnya bukan sebagai seorang manusia tetapi seperti malaikat kerana ketampanan wajahnya. Baginda berdoa memohon kepada Allah swt agar dipenjarakan kerana ianya lebih baik daripada menjadi mangsa nafsu dan takut kepada Allah swt jika berbuat dosa.
Setelah berada dipenjara, Baginda telah ditemani dua orang lagi khadam Raja yang telah melakukan kesalahan dan mereka melihat Nabi Yusuf a.s seperti orang yang baik. Mereka bertanyakan tentang hal mimpi mereka dan diceritakan kepada mereka. Setelah itu Nabi Yusuf a.s berdakwah kepada mereka tentang ajaran-ajaran manusia yang menyeleweng yang mempersekutukan tuhan dengan berbagai berhala yang dinamakan sendiri oleh mereka. Baginda menerangkan Ajaran Tauhid yang dianuti oleh Baginda dari nenek moyangnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ishak a.s.
Baginda a.s. telah diminta oleh dua orang khadam raja itu untuk menafsir mimpi mereka dan tafsirannya menjadi kenyataan dan sebelum itu baginda a.s. berpesan supaya khadam tersebut memberi perkhabaran tentang baginda. Pada suatu ketika di istana Raja telah medapat sebuah mimpi yang semua pembesar-pembesar ketika itu tidak dapat menafsirkannya. Sehinggalah khadam raja yang pernah terpenjara bersama Nabi Yusuf a.s. kembali teringat akan pesanan tersebut dan memberitahu raja akan perihal seorang yang pandai menafsir mimpi. Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".(Yusuf 12:43) |
Baginda a.s. telah diminta oleh dua orang khadam raja itu untuk menafsir mimpi mereka dan tafsirannya menjadi kenyataan dan sebelum itu baginda a.s. berpesan supaya khadam tersebut memberi perkhabaran tentang baginda. Pada suatu ketika di istana Raja telah medapat sebuah mimpi yang semua pembesar-pembesar ketika itu tidak dapat menafsirkannya. Sehinggalah khadam raja yang pernah terpenjara bersama Nabi Yusuf a.s. kembali teringat akan pesanan tersebut dan memberitahu raja akan perihal seorang yang pandai menafsir mimpi. Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".(Yusuf 12:43) |
Selepas peristiwa tersebut maka Raja Mesir pun mengutuskan utusannya agar Nabi Yusuf mengadap namun diberi syarat untuk raja membersihkan dulu kesalahannya dengan memanggil wanita-wanita tersebut. Selepas wanita-wanita tersebut mengakui kesalahan dan membersihkan tuduhan-tuduhan ke tas Yusuf maka baginda a.s pun bersetuju untuk bermesyuarat bersama raja. Selepas itu Nabi Yusuf a.s pun menjadi salah seorang menteri yang ditugaskan menjaga perbendaharaan Negeri Mesir pada ketika itu. Begitulah takdir Allah swt kepada hambaNYA yang diuji dan dibebaskan menjadi pembesar dan bebas ia berjalan kegenap pelusuk negeri tersebut.
Apabila datangnya musim kemarau, banyak kabilah-kabilah dari sekitar negeri datang untuk memohon bantuan gandum sebagai tukaran barang bagi menampung keperluan masing-masing. Nabi Yaakub a.s juga tidak terkecuali dengan menghantar anak-anaknya bagi mendapatkan bantuan dan mereka telah menemui Nabi Yusuf a.s namun mereka tidak mengenalinya tetapi baginda mengenali mereka. Baginda a.s pun membuat satu perancangan bagi mendapatkan saudara kandungnya Bunyamin dengan menjanjikan habuan yang besar jika saudara-saudaranya itu memenuhi permintaannya. Maka ketika mereka kembali kepada bapa mereka, berkatalah mereka: "Wahai ayah kami! Kami (tetap diberi amaran bahawa kami) tidak akan mendapat lagi bekalan makanan (kiranya Bunyamin tidak pergi bersama). Oleh itu, hantarkanlah dia bersama-sama kami, supaya kami dapat lagi bekalan makanan; dan sesungguhnya kami akanrenjaganya dengan sebaik-baiknya".(Yusuf 12:63)
Apabila rombongan saudaranya kembali semula dengan membawa Bunyamin setelah membuat perjanjian dengan bapa mereka Nabi Yaakub dan mengikut nasihat baginda serta mengikut apa yang disarankannya, Bunyamin pun berjumpa dengan saudara seibunya Nabi Yusuf a.s. Dalam pada masa itu, Nabi Yusuf a.s telah membuat satu perancangan bagaimana untuk menahan Bunyamin dari pulang bersama-sama rombongannya. Maka ketika ia membekalkan mereka dengan bekalan makan (yang mencukupi keperluan) mereka, lalu ia meletakkan bijana minuman raja di kenderaan saudaranya (Bunyamin), kemudian menyeru seorang penyeru:" Wahai orang-orang kafilah ini, sesungguhnya kamu adalah pencuri ".(Yusuf 12:70) Mereka terkejut kerana telah dituduh dengan hal itu dan ditanya akan hukuman tersebut dan mereka bersetuju dimana ianya dijumpai maka pemilik kenderaan itu akan dihukum.Ternyatalah apabila di cari piala raja itu maka dijumpainya di tempat Bunyamin dan ia akan didapati bersalah dan perlu dihukum dengan hukuman yang mereka persetujui sebelum itu. Rombongan saudaranya amat takut hal itu kerana telah mengambil perjanjian degan ayah mereka dan mahu Nabi Yusuf a.s menerima tukaran dengan saudara yang lain namun ia tidak berjaya.
Setelah mereka kembali ke pangkuan Nabi Yaakub a.s dan meceritakan segalanya, Baginda juga agak bersedih dan sekali lagi berserah kepada Allah swt. Bapa mereka (Yaakub a.s.) tetap dengan keyakinannya bahawa saudara mereka Yusuf dan Bunyamin berada di Mesir dan meminta mereka sekali lagi berjumpa dengan Menteri Mesir itu. Akhirnya Nabi Yusuf a.s. pun mengaku tentang diri baginda kepada saudara-saudaranya dan mengampuni kesalahan-kesalahan mereka serta mengiri baju bagi diusap kepada mata ayah mereka yang buta akibat menanguung kesedihan yang amat sangat. Mereka juga diminta untuk membawa kedua-dua ibubapanya datang bersama-sama ke istananya dan diberikan penghormatan dan kemuliaan selayaknya. Semasa berada diatas singgahsana itulah Nabi Yusuf berkayta kepada ayahnya bahawa mimpi baginda dahulu yang melihat sebelas planet sujud kepadanya telah terjadi hari ini. Semua ahli keluarganya bersyukur dan bersujud tanda kebesaran Allah swt yang menjadikan takdir kehidupan mereka itu penuh dengan pengajaran dan bertambah keimanan mereka kepada Allah swt.
Comments
Post a Comment