SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM, KITA BUKAN PEMILIK SYURGA DAN NERAKA

 Seringkali sejak dahulu lagi manusia sering berselisih pendapat tambahan pula setiap dari kita mempunyai citarasa dan keinginan yang berbeza namun kadangkalanya mempunyai titik persamaan yang sama menjadi sebuah ikatan yang kuat.

Sejak peristiwa pembunuhan pertama dikalangan anak manusia, kisah Habil dan Qabil menjadi contoh bagaimana takdir menjadi satu pengajaran tentang pertelagahan serta permusuhan yang terbitt dari keinginan nafsu manusia yang boleh membawa bencana.

Dalam menelusuri sejarah tersebut, inilah cerita atau pengkhabaran Allah SWT. tentang nasib yang akan menimpa setiap manusia apabila terjerumus dalam suatu kesalahan (dosa) dan kepatuhan dari melakukan dosa menyebabkan nasib antara dua orang anak Adam AS. itu membawa kepada kecelakaan atau kebahagiaan.

Kesabaran orang yang faham akan hakikat kepatuhan kepada pemilik syurga dan neraka hanya berserah kepadaNya walaupun telah diancam oleh saudara sendiri untuk membunuhnya kerana sifat ketakwaan yang tinggi dan masih mampu memberi nasihat kepada pembunuhnya.

Bagi si pembunuh pula, ia telah disesatkan oleh nafsu dan hasutan syaitan menyebabkan dia membuat keputusan yang menjerumuskannya ke kancah kecelakaan dan secara tidak sedar menghukum saudaranya sendiri dengan membunuhnya.

Pada hari ini terdapat pihak yang cuba menjadi hakim dengan menuduh atau menjatuhkan hukuman kepada pihak lain dan dengan sewenangnya mengambil alih hak pemilik syurga dan neraka dalam menentukan nasib manusia lain sehingga mereka lupa akan nasib mereka sendiri.

Seorang mukmin atau muslim sejati sentiasa mendoakan saudara seagama agar sentiasa diampuni oleh Allah SWT. dan diberi keredhaan olehNya untuk dimasukkan ke dalam syurga dan agak janggal jika sesama mereka laknat melaknati dan bertelagah sesama sendiri.

Dalam ajaran Nabi Muhammad SAW. telah bersabda dengan perumpamaan hubungannya seperti satu anggota tubuh dimana jika terdapat sebahagian anggotanya sakit maka dapat dirasakan pada keseluruhannya.


Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah