Tarbiah Ramadhan di akhir zaman

Penghulu segala bulan iaitu Ramadhan yang mulia telah datang menjelma bagi mengajar manusia terutamanya orang islam apa itu sifat seorang hamba yang perlu taat kepada perintah tuhannya.

Hari ini Ramadhan 1438H telah berlalu selama 13 hari dan apa yang telah kita dapat atau buat selama ia berlalu dengan cepat dan pantas. Tanpa kita sedari hanya tinggal beberapa hari akan menjelmalah Syawal yang diraikan Edulfitri yang dinanti-nanti oleh kebanyakan orang. Mereka lupa akan rahmat dan peluang yang diberi oleh Allah dalam apa yang dijanjikan pada Ramadhan.

Dunia yang semakin maju dan pesat dengan teknologi manusia terus lalai dan alpa dengannya hingga lupa tujuannya dicipta oleh yang Maha Esa. Kita terus ditipu dengan pelbagai kenikmatan dan kelazatan dunia baik dari segi makanan, pemandangan dan halwa bunyi yang sedap didengar sepasang telinga. Ibadah wajib menahan lapar dan dahaga serta perbuatan-perbuatan yang berdosa boleh membatalkan puasa hanya datang sekali setahun sahaja. Maka apakah 11 bulan lagi kita boleh lupa apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah swt?

Disinilah kehebatan dan kemuliaan Ramadhan yang boleh dilihat didepan mata dengan adegan peristiwa benar yang terjadi sejak bermulanya ia pada malamnya. Seluruh dunia akan menyaksikan masjid dan surau akan dipenuhi oleh orang-orang islam seperti pesta kerana mereka yang jarang hadir solat berjemaahpun akan cuba ikut serta kerana gembiranya mereka akan kedatangan Ramadhan. Bulan yang diwajibkan berpuasa dengan dijanjikan pahala berlipat kali ganda atas ibadat wajib dan sunat yang dilakukan sesiapa jua. Mereka yang jarang beribadatpun akan cuba berpuasa kerana inilah rahmat dan hebatnya Ramadhan akan tarbiahnya. Mereka yang tidak menghiraukan Ramadhan dengan tiada bezanya amalan dan perlakuan mereka menandakan jauhnya rahmat Allah swt kepada mereka seperti panggilan tawaran keampunan yang tidak didengari dan dihiraukan langsung melainkan bagi mereka yang mengharapkan keampunan dan redha Allah swt.

Dugaan Ramadhan pada zaman ini adalah masa yang begitu cepat dan pantas berlalu seiring dengan kepantasan teknologi masa kini. Dunia maya dihujung jari beserta media elektronik lain dapat melekakan siapa jua dari menggandakan ibadah di bulan ini. Banyak aktiviti sia-sia menjadi ranjau dan onak yang menenggelamkan kita dari merebut apa jua masa yang berlalu di bulan yang mulia ini. Apabila ia telah melepasi usia 10 hari maka kita boleh melihat tapisan 'Sekolah Ramadhan' dengan pentas ujiannya telah mengurangkan para pengunjung dan pencinta ibadah didalamnya. Masjid dan surau telah mula berkurang akan safnya tetapi di pasaraya dan pasar mula penuh kerana hati mereka telah jemu akan Ramadhan tetapi telah mula mencintai raya yang akan menjelma. Hati kita tidak kuat untuk konsisten dalam menjalani hari-harinya. Bagaimanakah bulan yang penuh limpahnya rahmat ini kita tidak peduli dan mahu menghadapi 11 bulan yang penuh godaan lain berbeza dengan bulan yang dirantainya syaitan bagi memudahkan kita menghayati sepenuhnya demi mendapatkan maghfirah dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt.  

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya