Perkongsian Hadis 23

Tanda Kebahagiaan Muslim

وعن نافع بن الحارث رضي اللّه عنه قال: قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم : "مِن سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِم: المَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ".

Dari Nafi bin Abdul Harith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Diantara kebahagiaan seorang Muslim adalah memiliki tempat tinggal yang luas, tetangga yang baik, kenderaan yang menyenangkan (HR Musdad No: 2420) Status: Sahih dalam Silsilah Ahadits Ash-Shahihah (282)

Pengajaran:

Setiap orang ingin kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Antara tanda kebahagiaan Muslim apabila ia memiliki:

1.  Tempat tinggal yang di dalamnya hati menjadi tenang dan lapang (rumahku syurgaku)

2.  Jiran yang baik, sentiasa mengingatkan dengan takwa,  tidak menyakitkan malah sentiasa bermanfaat kepada jiran yang lain.

3.  Kenderaan yang menyenangkan serta mensejahterakan (tidak membeban dan menyusahkan tuannya)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak Pelindung Api Neraka

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ

Dari 'Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka baginda bersabda: "Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini (mengurus anak-anak perempuannya), maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya".(HR Bukhari No: 1329) Status Hadis: Sahih

Pengajaran:

1.  Kewajipan ibu dan bapa ialah menyediakan keperluan asas harian anak-anak seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal.

2.  Ibu bapa sewajarnya mengurus keperluan anak-anak dan mengutamakan dengan mendahulukan mereka walaupun ibu bapa terpaksa mengikat perut.

3.  Anak-anak yang dididahulukan keperluannya oleh ibu bapa (mengurus anak-anak perempuan)  akan menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya." (HR Bukhari No: 4801) Status Hadis: Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita

2.  Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit, sama ada besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..

3.  Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya.

4.  Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.

Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya