Perkongsian Hadis 20

Sedekah Mengerat Hubungan Kerabat

عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنَّهُ بَرَكَةٌ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرًا فَالْمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُورٌ و قَالَ الصَّدَقَةُ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَهِيَ عَلَى ذِي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

Dari Salman bin 'Amir, sesungguhnya  Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika kalian berbuka maka berbukalah dengan buah kurma kerana buah kurma mengandungi keberkahan, jika kalian tidak mendapatinya, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya air itu suci." Baginda juga bersabda: "Sedekah kepada orang miskin hanyalah sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat akan mendapatkan dua (pahala) iaitu pahala sedekah dan menyambung silaturrahim. (HR Tirmizi No: 594) Status: Hassan

Pengajaran:

1.  Jika kita berpuasa, sunat berbuka dengan kurma terlebih dahulu kerana pada buah korma ada keberkahan antaranya dari aspek kesihatan.

2.  Jika tiada kurma, berbukalah terlebih dahulu dengan air sebelum makanan lain.

3.  Amalan bersedekah adalah dituntut kepada setiap Muslim khususnya kepada ahli kerabat (saudara mara).

4.  Sedekah kepada kerabat akan mendapat dua pahala: pahala sedekah dan pahala menyambung silaturrahim.

5.  Jangan sampai sedekah kita sia-sia. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:

وَقَالَ:"يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لا يَقْبَلُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَدَقَةً مِنْ رَجُلٍ وَلَهُ قَرَابَةٌ مُحْتَاجُونَ إِلَى صَدَقَتِهِ، وَيَصْرُفُهَا إِلَى غَيْرِهِمْ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ" 

“Wahai umat Muhammad, demi Allah yang telah mengutusku dengan kebenaran, Allah tidak akan menerima sedekah seseorang yang mempunyai kerabat yang memerlukan bantuannya, sementara ia memberikan sedekah atau bantuan itu kepada orang lain. Dan demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamannya, Allah tidak akan memandangnya di hari kiamat nanti”. (HR. Thabrani No: 1252)


Ayuh eratkan perhubungan dengan kerabat terdekat melalui amalan menderma kepada kerabat terdekat yang memerlukan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Umur Barakah

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Dari Anas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung kekerabatan (silaturrahim)." (HR Abu Daud No: 1443) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Antara kebahagiaan seorang apabila hidup dalam suasana saling berkasih sayang dengan ahli keluarga dan berhubung mesra.

2.  Antara kelebihan Muslim yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim dengan ahli keluarga:

a.  Diluaskan rezeki (murah rezeki)
b.  Dipanjangkan umur (umur yang barakah dalam keadaan sihat dan beramal solleh).

Marilah kita memelihara hubungan dan ikatan kekeluargaan dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak Perempuan Penghalang Api Neraka

عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ وَأَطْعَمَهُنَّ وَسَقَاهُنَّ وَكَسَاهُنَّ مِنْ جِدَتِهِ كُنَّ لَهُ حِجَابًا مِنْ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Uqbah bin 'Amir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memiliki tiga orang anak perempuan, lalu ia dapat bersabar dalam mengurus mereka, memberinya makan, minum serta pakaian kepada mereka dari usaha jerih payahnya, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka di hari Kiamat kelak." (HR Ibnu Majah No: 3659)  Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Anak adalah amanah Allah untuk dididik dan dibesarkan agar menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang solleh.

2.  Mendidik dan membesarkan anak adalah suatu ujian yang menuntut kesabaran.

3.  Orang yang memiliki tiga anak perempuan dan bersabar mendidik, mengasuh, membesarkan dengan keperluan agar menjadi anak yang solehah, akan diganjarkan dengan syurga.

4.  Bersabar mengurus dan membesarkan anak perempuan dengan bersungguh dan berpenat lelah nescaya anak  perempuan itu akan menjadi penghalang dari api neraka. 

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya