Perkongsian Hadis 25

Jadilah Orang Yang Diredhai Allah Bukan Dibenci

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَأَنْ تُنَاصِحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah meredhai kalian dalam tiga perkara dan benci kepada kalian dalam tiga perkara. Allah meredhai kalian jika kalian beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, jika kalian berpegang teguh kepada agamanya  dan tidak berpecah belah dan, jika kalian saling nasihat menasihati  kepada orang yang diserahkan kepadanya urusanmu.  Dan Allah membenci kalian dari sikap percaya kepada khabar yang tidak tentu sumbernya, banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) dan memboroskan harta". (HR Ahmad No: 8444) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah meredhai seseorang apabila ia melakukan tiga perkara:

a.  Beribadah kepada  Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu

b.  Berpegang teguh kepada agama-Nya  dan tidak berpecah belah 

c.  Saling nasihat menasihati  dalam melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. 

2.   Allah membenci seseorang apabila ia memiliki tiga perkara:

a.  Percaya kepada khabar, maklumat atau info yang tidak tentu sumbernya sama ada dalam bentuk pertuturan mahupun tulisan. 

b.  Banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) sehingga menyusahkan orang lain untuk beramal

c.  Membazir atau boros dalam membelanjakan harta

Berusahalah menjadi hamba yang diredhai bukan dibenci.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Abu Burdah bin Abu Musa bahwa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau dalam menempuh perjalanan, maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan bermukim 

2.  Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal solleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)

3.  Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.

Marilah kita laksanakan amal solleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wanita Ahli Syurga 

عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا

Dari Imran bin Abu Bakar dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dia berkata; Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku; "Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?" jawabku; "Tentu." Dia berkata; "Wanita berkulit hitam ini, dia pernah menemui Nabi SAW sambil berkata; "Sesungguhnya aku menderita epilepsi dan auratku sering terbuka (sehingga) dilihat orang (ketika penyakit itu datang), maka berdoalah kepada Allah untukku." Baginda bersabda: "Jika kamu bersabar maka bagimu syurga, dan jika kamu mahu  maka aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu." Wanita itu lalu  berkata; "Baiklah aku akan bersabar." Wanita itu berkata lagi; "Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap." Maka baginda mendoakan untuknya." (HR Bukhari No: 5220) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap penyakit itu datang daripada Allah. 

2. Berusaha dan berikhtiar merawat penyakit juga dituntut, disamping berdoa untuk kesembuhan.

3.  Bersabar dan reda terhadap ujian penyakit dengan tidak mengeluh dan marah terhadap takdir Allah. Tahan lisan dari mengeluh, marah, atau ucapan lain yang menunjukkan tidak menerima takdir Allah.

4.  Berdoa agar Allah memelihara diri sepanjang kita menghadapi kesakitan tersebut.

5.  Orang yang bersabar dan reda menghadapi ujian penyakit, dijanjikan sebagai calon ahli syurga seperti wanita diatas.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya