Zulhijjah


بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam diberikan peluang oleh Allah swt untuk menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban.

Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi
amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah)". Para sahabat bertanya, "Tidak pula jihad di jalan Allah? Nabi s.a.w berkata, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun" (Sunan Abi Daud dan  Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada Hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu
perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) Dan tahmid (Alhamdulillah).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Berpuasa pada Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutama pada Hari Arafah (9 Zulhijjah). Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Puasa pada Hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah swt paling banyak membebaskan hamba-Nya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi s.a.w berkhutbah. Kata baginda: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

Pengorbanan memerlukan sesuatu yang kita ada, yang kita miliki, namun semua yang kita ada dan kita miliki tidak mampu untuk menyelamatkan kita di perhimpunan akhirat kelak, seandainya kita tidak bersungguh-sungguh menggunakan@menginfaqkan nikmat@rezeki yang kita ada itu ke jalan yang diredhai Allah subhanahu wa ta'ala.
Berapa banyak nikmat dan rezeki yang Allah swt kurniakan kepada kita, pasti kita tidak dapat menghitungnya, kerana kita hamba-Nya yang sangat lemah dan sangat alpa, selalu terlupa yang kita hanya sebagai hamba yang setiap detik saat sangat-sangat memerlukan kepada Allah swt.

Perbanyakkanlah amal soleh dengan seikhlas hati semata-mata hanya kerana Allah swt dan bersyukur lah kepada Allah swt dengan menjadi hamba yang mengutamakan perintah-Nya dan meninggalkan jauh larangan-Nya.
Nilai lah kembali amal ibadah kita, terutamanya solat kita, adakah semakin sempurna solat kita dengan sedikit ilmu yang kita ada, ataupun kita rasa sudah secukupnya solat kita itu yang kita tidak pasti adakah sudah mencapai piawaian yang ditetapkan Allah swt..? sedangkan jika kita serahkan tugasan yang lebih kurang kepada pensyarah kita dahulu, mungkin dikoyaknya atau dicampaknya tugasan tersebut, ini pula tugasan wajib yang kita persembahkan setiap hari kepada Allah swt yang Maha Teliti..

Baginda Rasulullah s.a.w.:
“Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah: Baki Hadis al-Nu’man bin Basyir r.a.)
Wallahu 'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya