Istighfar...


بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah swt akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar, dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
Huraian Hadith: 
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah swt akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepada-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah swt itu akan berlaku.
4. Bergantung haraplah sepenuhnya hanya kepada Allah swt, bukan kepada makhlukNya.

Saidina Ali Abi Talib berkata: “Sungguh aneh bagi orang yang dibinasakan, sedangkan dia mempunyai jalan keselamatan. Lalu beliau ditanya, apakah jalan keselamatan itu?
Kata beliau: Istighfar. Kemudian dia menyambung penerangannya: Allah swt tidak mengilhamkan istighfar kepada seorang hamba jika Dia ingin menurunkan azab kepadanya.”


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

(Hamba mohon keampunan Mu, Ya Allah / Wahai Allah, ampuni daku..)

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya