Anak-anak



بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Nak tahu apa rahsia kanak-kanak kenapa mereka gembira selalu?

1- Mudah terpesona dan berpuas hati dengan benda - benda kecil.

Mereka mudah terpesona dengan semua benda-benda yang dipandang remeh oleh orang dewasa. Mereka jarang cerewet dan jarang merungut dengan apa yang diberikan oleh ayah atau ibu mereka.

Kanak-kanak mudah dipuaskan. Itu sebab mereka gembira. Orang dewasa pula susah berasa gembira kerana sentiasa ditipu oleh dunia fatamorgana ini. Elakkan mengejar kesempurnaan dalam hal-hal yang bersifat material ini kerana manusia tidak akan berasa puas selagi syukur tidak menjadi dinding di dalam hati. -
kena lebih sabar, syukur dan redha kepada Allah swt.

2- Mudah melupakan dan memaafkan

Kanak-kanak tidak pandai menyimpan dendam. Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Sekarang, adakah mudah untuk kita mencari orang dewasa yang tidak mudah menyimpan dendam? Bagi kanak-kanak, memaafkan bermaksud forgive and forget. Bagi orang dewasa pula, biasanya memaafkan kadang-kadang bermaksud ‘I can forgive but I can’t forget!’ -
maafkan orang lain, bererti maafkan diri sendiri.

3- Kanak - kanak mudah mempercayai orang lain

Kanak-kanak di waktu umur ini adalah begitu naif sifatnya. Mereka mudah mempercayai orang lain; mereka tidak prejudis kepada sesiapa langsung, baik di kalangan keluarga sendiri atau pun orang luar. Tapi, perlu berhati - hati juga dengan sifat ini untuk keselamatannya. Kena ajar jangan mudah ikut orang yang tidak di kenali'.

Tapi point yang nak saya tekankan ialah kanak - kanak tidak buruk sangka dengan orang lain. Mereka boleh berkawan dan bergaul mesra dengan rakan sebaya yang dia baru kenali. Sekejap je tengok dah main sama - sama. Kalau kita bila terserempak dengan orang baru, nak senyum pun payah kan? Bila orang tu senyum, kita persoalkan pula 'kenapa dia senyum dekat aku? aku tak kenal dia pun.' -
sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt, kerana setiap kejadian pasti ada hikmah/pengajaran yang tersembunyi, buah durian luarnya berduri tajam, namun dalamnya isi sangat sedap..

4- Kanak - kanak berfikir dan hidup untuk masa yang sedang mereka lalui

Mereka tidak begitu risau tentang perkara yang lepas atau perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Mereka hanya menikmati sepenuhnya masa yang sedang mereka lalui. kita pula terlalu risaukan masa depan yang belum pasti sampai demam - demam. Bukanlah bermaksud tidak boleh berfikir dan merancang untuk masa depan. Cuma janganlah risau sangat. -
Apa yang terjadi semalam mencorak apa yang kita jadi hari ini. Putarkan otak supaya ingat yang baik-baik sahaja.
 
Walaupun kecil comel baik hati, ada sesuatu yang kita boleh belajar dari mereka untuk jadi seceria dan segembira mereka.

Begitulah kita semasa kita masih kanak-kanak, namun mengapa bila kita semakin dewasa, semakin matang, terus melupakan sifat-sifat kita semasa kita masih kanak-kanak dengan sikap ego, bangga diri, berdengki, mudah benci, pemarah, bersangka buruk dan sebagainya. Muhasabah lah diri sendiri, sebelum kita dihisab pada hari akhirat kelak.

"Kita Ada Pilihanraya Setiap Hari... Iman Ke Nafsu.. Dosa Ke Pahala.. Syurga Ke Neraka... Taat Ke Maksiat.. Allah Redha Ke Allah Murka" - Prof Muhaya.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya