Perkongsian Hadis 9

Berzikir Menjauhi Syaitan

حَدَّثَنَا أَبُو بِشْرٍ بَكْرُ بْنُ خَلَفٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ وَإِذَا دَخَلَ وَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ فَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

Dari Jabir bin Abdullah bahwa dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang memasuki rumahnya kemudian dia berzikir kepada Allah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada kawannya); "Tidak ada tempat menginap bagi kalian dan tidak ada makan malam." Jika ia masuk (rumahnya) tanpa berzikir kepada Allah ketika memasukinya, maka syaitan akan berkata (kepada kawannya); "Kalian telah mendapatkan tempat menginap." Dan jika ia tidak berdzikir kepada Allah ketika makan, syaitan pun akan berkata (kepada kawannya); "Kalian telah mendapatkan tempat menginap dan makan malam." (HR Ibnu Majah No: 3877) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab seorang Muslim ialah sentiasa berzikir mengingati Allah dalam setiap perbuatannya.

2.  Orang yang sentiasa berzikir mengingati Allah, syaitan akan menjauhinya.

3.  Barangsiapa berzikir mengingati Allah ketika masuk rumah, syaitan akan menghindarkan diri dari rumah tersebut.

4.  Barangsiapa berzikir mengingati Allah ketika makan, syaitan akan menghindarkan diri darinya seperti membaca Basmallah.

5.  Barangsiapa memasuki rumah dengan tidak berzikir, syaitan turut akan mendiami rumah tersebut. Sesiapa yang makan tanpa mengingati Allah, syaitan akan sama makan makanan tersebut.


JOM berzikir ketika memasuki rumah dan ketika makan.
------------------------------------------------------------------------------------
Mengakhiri Pertemuan Dengan Surah al-Ashr

كَانَ الرَّجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَيَا لَمْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَقْرَأَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ ثُمَّ يُسَلِّمُ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ

Jika dua orang sahabat Nabi SAW bertemu maka keduanya tidak akan berpisah kecuali setelah salah satu darinya membacakan kepada yang lainnya surat Al-Ashr hingga selesai, kemudian memberikan salam. (HR Tabrani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath No: 5097)  Status : Sahih oleh Al-Albani di dalam Ash Shahihah No: 2648. 

Pengajaran:

1.  Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Seperti mesyuarat, perbincangan mahupun bersua muka bertanya khabar akan diikuti dengan perpisahan.

2.  Antara adab apabila berpisah ialah dengan membaca surah al-Ashr sehingga tamat dan diikuti dengan ucapan salam.

3.  Imam as-Syafie: andainya manusia memerhati surah ini, pasti mencukupi dan seandainya al-Quran tidak diturunkan selain surah ini, nescaya cukup bagi manusia kerana surah ini mengandungi seluruh isi al-Quran.

JOM baca surah ini apabila mengakhiri pertemuan.

--------------------------------------------------------------------------------------
Kelebihan Surah Al-Mulk

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثِينَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang di dalamnya ada tiga puluh ayat, ia akan memberi syafaat bagi seseorang sehingga dosanya diampuni, iaitu Tabaarakalladzii Biyadihil Mulku (surah al-Mulk)." (HR Ahmad No: 7927) Status: Hasan

Pengajaran:

1.  Al-Quran adalah syafaat (penolong) kepada pembacanya, pembacanya dicucuri ketenangan dan rahmat serta penawar kepada penyakit (penyakit hati dan fizikal).

2.  Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan mendapat syafaat diampunkan oleh Allah SWT dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.

JOM jadikan bacaan sebelum tidur

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya