Perkongsian Hadis 10

Sifat Tawadhu' Sifat Terpuji

قآلٓ رٓسُوْلُ الله صلى الله عليه وٓسٓلَّم: وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ ِللهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللهُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidaklah seseorang merendah diri kerana Allah melainkan (pasti) Allah akan mengangkat darjatnya". HR Muslim No: 2588) Status: Sahih

Pengajaran:

1.      Tawadhu' itu adalah merendahkan diri dan berlaku lembut. Pelaku tidak akan menjadi terpuji melainkan ianya dilakukan hanya kerana mengharapkan redha Allah Azza Wa Jalla.

1.      Ianya adalah sifat terpuji supaya manusia sentiasa mempunyai sifat rendah hati. Sekiranya manusia bersikap tawadhu' mengharapkan Allah SWT mengangkat darjat dimata orang, maka ianya perbuatan sia-sia sahaja.

1.      Tawadhu' adalah sikap pertengahan antara sombong dan memburukkan diri. Sombong adalah mengangkat diri terlalu tinggi dari yang semestinya manakala memburukkan diri adalah menempatkan diri terlalu rendah hingga sampai ke tahap memperlekehkan hak. 

1.      Tawadhu' menampakkan diri lebih rendah dari orang lain yang ingin mengagungkannya, memuliakan orang yang lebih mulia darinya. Tawadhu' merupakan akhlak mulia dari para nabi 'alaihimush sholaatu wa salaam. Sifat ini menjadi ikutan sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Umar di dalam satu contoh dimana berlakunya kesilapan tukang masaknya yang salah dalam membuat adunan roti. Saidina Umar yang nampak akan kesilapan itu pergi kepada tukang masaknya dan memohon untuk menunjukkan cara yang betul mengadunkan tepung membuat roti.


JOM jadikan tawadhu' sifat diri kita

-------------------------------------------------------------------------------------
Jadi Mukmin Paling Utama dan Bijaksana

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Dari Ibnu Umar bahwa dia berkata; Saya bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang laki-laki Ansar kepada baginda, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?" baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?" baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak." (HR Ibnu Majah No: 4249) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Mukmin yang utama ialah yang paling baik akhlaknya

2.  Mukmin yang bijak ialah yang paling banyak mengingati kematian

3.  Mukmin yang paling bijak ialah paling banyak mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi hari akhirat.

JOM jadi mukmin yang paling utama dan paling bijak.

--------------------------------------------------------------------------------------
Sesama muslim tidak boleh berbuat zalim dan tidak boleh menundukkan/menaklukkannya

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا الَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ سَالِمًا، أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ رَضِى الله عَنْهُمَا: أَخْبرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ "الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَومِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَومَ الْقِيَامَةِ."

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesama muslim adalah saudara, tidak boleh saling berbuat zalim dan tidak boleh menundukkan/menaklukkannya. Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya (sesama muslim), Allah akan mencukupi keperluannya. Siapa yang menghilangkan suatu kesulitan yang dialami oleh seorang muslim, Allah akan menghilangkan satu dari sekian kesulitannya pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat." HR Bukhari No: 2442) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Perbuatan zalim adalah meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya. Nabi Muhammad SAW mengingatkan betapa buruknya perbuatan itu.

2.  Sesiapa yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim.

3.  Akan ada hari yang mendatang dimana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara dikehendakiNYA, jika tidak didunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu tetap ditanggung oleh si zalim dimana akan tetap tiba hari yang Maha Adil untuk semua.

JOM jadi mukmin sejati menjauhkan diri dari kezaliman

-------------------------------------------------------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya