Perkongsian Hadis 3

Adab Orang Yang Ditimpa Musibah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

Dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya, kalau memang hal itu harus, hendaknya ia mengatakan; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku." (HR Bukhari No: 5239) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim diperintahkan agar bersabar dan redha apabila ditimpa musibah.

2.  Setiap musibah yang menimpa seorang Muslim bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darajat seseorang.

3.  Bagi orang yang ditimpa musibah, tidak boleh meminta dan mengharap supaya dipercepatkan kematian.

4.  Diharuskan berdoa dengan lafaz ini:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي


Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalan Selepas Solat

ثَوْبَانُ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ 
      عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ 
    صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ 
    يَنْصَرِفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ  
         ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ أَنْتَ 
  السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا 
                             الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Tsauban pelayan Rasulullah  SAW ia berkata; "Apabila Rasulullah SAW ingin berlalu (pergi) dari solatnya baginda beristighfar tiga kali. Setelah itu baginda mengucapkan: 

     اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ 
         تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

(Ya Allah, Engkau adalah keselamatan dan dari-Mu keselamatan itu, Engkaulah pemberi barakah wahai Zat yang mempunyai keagungan dan kemuliaan)." (HR Tirmizi No: 276) Status: Hasan sahih. 

Pengajaran:

Antara amalan Rasulullah selepas selesai solat:

a.  Beristighfar 3 kali

b.  Membaca zikir

      اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ 
         تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Ayuh, jangan bangun dari tikar sembahyang selepas salam melainkan anda telah beristighfar dan berzikir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Tasbih

        عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ 
       صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ 
         يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ
      وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ 
     الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ 
                 قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Barang siapa, ketika pagi dan petang, membaca; Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang juga pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.' (HR Muslim No: 4858) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim perlu sentiasa berzikir kepada Allah.

2.  Zikir mengingati Allah boleh dalam bentuk lisan, hati mahupun perbuatan.

3.  Antara lafaz zikir lisan ialah:

                   سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

4.  Mukmin yang membaca zikir lisan di atas sebanyak 100 kali pagi dan petang, pada hari kiamat ia akan memperolehi ganjaran pahala melebihi dari orang yang tidak mengucapkannya seperti itu.

Ayuh dalam apa jua keadaan marilah kita sentiasa berzikir memuji Allah dengan lisan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya