Posts

Showing posts from 2011

Membuang Sifat Kebinatangan Dalam Ibadah Korban

Labbaik Allahumma Labbaik: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. Labbaika la syarika laka labbaik: Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka: Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu. Syariat terdahulu sejak Nabi Allah Adam a.s lagi ibadah korban pertama yang diceritakan kepada kita apabila Allah s.w.t memerintahkan Qabil dan Habil melaksanankan ibadah ini sebagai tanda melaksanakan perintahNYA dan ini akan menampakkan keikhlasan mereka melaksanankannya. Habil adalah seorang peternak yang mempunyai ternak kambing, sedangkan Qabil adalah seorang petani yang memiliki tanaman pertanian. Masing-masing melakukan kurban dengan mengeluarkan harta yang dimiliki mereka masing-masing. Habil memilih seekor domba yang paling baik untuk dijadikan kurban, sedangkan Qabil memilih gandum yang terburuk dari hasil pertaniannya u

Bolehkah berkahwin dengan orang bunian?

Datuk Dr Haron Din    Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian. 1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku? 2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam? Halimatussaadiah Bota, Perak Jawapan 1 Puan, Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepad

Beransurnya Ramadhan tersingkapnya Syawal

Masa amat pantas berlalu sehingga kita tidak menyedari atau mengingati semua yang kita jalani berhari-hari sesudah hari berganti hari dan bulan-bulan berlalu pergi. Amat singkat masa yang dirasai dengan kesibukan hal-hal peribadi dan juga tugasan hakiki sebagai pekerja di sebuah agensi. Dengan tidak disedari Ramadhan yang berlalu pergi namun ibadat yang dipenuhi tidaklah seberapa namun syukur ke hadrat ilahi kerana hati ini masih mampu melakukan yang terbaik dari Ramadhan yang sebelumnya. Bila datangnya Syawal, suasana hari raya mula terasa walaupun dari sejak dulu tidak berapa suka cara ia dirayakan oleh masyarakat sebangsa. Pesta juadah ikut selera pada bulan puasa dan temasya makan-makan pula di kala raya. Lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio walaupun ia 'radio islam' jauh lari dari ruh Aidilfitri yang sepatutnya dirai seperti di zaman Rasul tercinta. Mungkin budaya dan situasi berbeza kerana kelainan bangsa diantara 'Madinah' dan 'Malaysia'. L

Jalan Syaitan Melulusi Dapat Anak Adam

Seorang Hakiem berkata; Ketika diperhatikan dari manakah syaitan dapat menembus pada anak Adam, mendadak terdapat sepuluh jalan. 1. Dari sifat rakus dan Su'udhdhan [jahat sangka], *Maka ana lawan dengan kepercayaan pada janji Allah dan Qanaah, dan untuk memperkuatkan perlawanan itu ana berpedoman pada kitab Allah dalam ayat yang bermaksud; "Tiada suatu pun melata di bumi ini melainkan dijamin oleh Allah rezekinya". Maka dengan itu ana patahkan ia. 2.  Dari panjang angan-angan, lamunan, *Maka ana hadapi dengan ingat pada datangnya maut dengan tiba-tiba bersendikan ayat Allah yang bermaksud; " Tiada satu jiwa pun yang mengetahui dimana ia akan mati". Maka dengan itu ana dapat mematahkan tipuannya. 3.  Dari keinginan istirahat dan nikmat, *Maka ana hadapi dengan mengingati hilangnya nikmat dan beratnya hisab, bersandarkan ayat Allah yang bermaksud; "Biarkan mereka makan dan bersuka-suka dan dilalaikan oleh angan-angan". dan

Kelebihan Istighfar

Ini cerita tentang "Istighfar" dari kehidupan Imam Ahmed bin Hanbal, yang dianggap sebagai ulama terkemuka Islam dan seorang ahli teologi yang terkenal. Imam Ahmed juga dianggap sebagai pengasas sekolah Hanbali fiqh (perundangan Islam) dan merupakan salah satu daripada ahli-ahli teologi Sunni yang paling terkenal, sering disebut sebagai "Sheikh ul-Islam" atau Imam "Ahl al-Sunnah. "   Pada usia tua, Imam Ahmed melakukan perjalanan dan berhenti disebuah bandar. Selepas solat, dia bermalam di pekarangan masjid kerana dia tidak mengenali sesiapa di bandar tersebut. Disebabkan sifat merendah diri, dia tidak memperkenalkan dirinya kepada sesiapa kerana dia akan dialu-alukan oleh ramai orang. Gagal untuk mengiktiraf Ahmed bin Hanbal, penjaga masjid enggan membenarkan beliau tinggal di masjid. Sebagai orang tua, penjaga yang terpaksa mengheret dia keluar dari masjid. Seorang pembuat roti dari tempat berhampiran berasa kasihan terhadap beliau (Imam Ahmed

Islam memang berkebajikan

Bukan mudah untuk Islam ini cemerlang pada zaman yang dikatakan menuju pada penghujungnya. Jika kita membaca tentang hadis-hadis akhir zaman, tanda-tanda kecilnya telah terjadi dan berlaku seperti yang disabda junjungan mulia SAW. Ia telah bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing, maka bahagialah orang-orang yang terasing (dagang). Bila kita membaca catatan-catatan sejarah, selepas kejatuhan pemerintahan Khalifah Islam yang terakhir (Ottoman Empire) maka segalanya telah runtuh bukan dari segi fizikal berbentuk istana dan masjid mewah namun segala sistem pengurusan dan pentadbiran itu sendiri yang terhapus satu persatu. Sistem ini telah dianggap jumud, tidak ada inovasi dalam etika pemerintahan namun masih ada yang dipakai namun ditukar secara metodologi yang berbeza. Lihat dizaman kelemahan serta kejatuhan pemerintahan islam apabila ia telah berpecah seperti piring yang dulunya kukuh namun telah diretakkan satu persatu kemudian terbelah dan menuju kepada satu kehancuran.

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA : Menghiasi kebatilan.

Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik. قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39) Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik : قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْل

Hubungan kita...

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat 41:31) Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.   Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". (Asy-Syuura 42:15)

Istiqomah yang paling berat...

Setiap kita sememangnya berdosa dan pintu taubat sentiasa terbuka namun adakah masa hak milik kita untuk menyempurnakan taubat yang tergendala? Ya Allah, kami sentiasa tertipu oleh nafsu dan makhluk derhaka yang licik menipu namun kami sentiasa meminta perlindunganmu agar setiap hela nafas dan gerak geri kami tidak menambahkan dosa dan kesalahan bertambah lagi. Setiap yang terjadi tetap dibawah takdirmu namun kami yang lalai dan terlupa akan perintahmu. Ada firmanMU berbunyi  " Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" (Al-Jumu'ah 62:6)  Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut HAWANAFSU mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.(Bukan sahaja Ka

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

'Abd bin Humaid, Ibnu Mardawaih dan Ibn 'Asakir telah meriwayatkan daripada Abi Dzar bahawa dia telah bertanya Rasulullah S.A.W :"Berapakah jumlah kitab yang telah diturunkan Allah?" Sabda Nabi S.A.W: "Seratus empat belas buah semuanya, di antaranya ialah sepuluh suhuf diturunkan kepada Nabi Adam , lima puluh kepada Nabi Seth , tiga puluh suhuf kepada Nabi Idris , sepuluh suhuf kepada Nabi Ibrahim , sepuluh suhuf kepada Nabi Musa , sebelum diturunkan Taurat dan Allah SWT menurunkan kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran" Dalam suhuf Ibrahim terdapat pesanan berikut: " Orang yang berakal wajar menjaga lidahnya, arif tentang zamannya dan bersedia menghadapi masa depannya ." Al-Ajuriy dan yang selainnya telah meriwayatkan daripada Abi Dzar katanya: "Aku bertanya,"Wahai Rasulullah, apakah yang terkandung di dalam suhuf Ibrahim?" Sabda Rasulullah S.A.W: " Kesemuanya adalah nasihat, diantaranya: Wahai raja yang terpedaya, sesu

Bagaimanakah mencintai Rasulullah?

Telah berlalu satu hari yang merupakan ulangtahun kelahiran seorang rasul dan junjungan besar serta seorang manusia yang paling berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut. Baginda Rasulullah yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang utusan akhir membawa ajaran tauhid yang hanif dari Maha Pencipta. Baginda telah meninggalkan kita selama 1379 tahun yang lalu dengan mewariskan beberapa generasi hingga Islam menjadi agama terbesar didunia dan pernah mempunyai wilayah kekuasaan 1/3 dunia. Para sahabat yang pernah hidup bersama baginda amat mengasihi dan menyanjungi baginda tanpa ada rasa prejudis ditambah pula dengan ciri-ciri keterbukaan dalam kepimpinannya. Baginda memang sebaik-baik pemimpin yang diturunkan Allah s.w.t kepada manusia akhir zaman. Sebagai seorang pemimpin, suami dan bapa yang sentiasa mendapat petunjuk Allah s.w.t juga seorang hamba dan kekasihNYA. Banyak tauladan serta contoh terbaik boleh diambil dari baginda dan jika kita lihat sejarah dan kita akan dapati ramai ulam

Memahami takdir dan ketentuan

Takdir adalah jadual perjalanan hidup yang telah ditentukan.Ia telah ditulis di satu kitab induk yang besar di Lauh Mahfuz. Ia memang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. bagi segenap makhluknya sehingga masa yang telah ditentukannya. Ada takdir yang nyata difirman oleh Nya tidak akan berubah dan telah ditulis (diberi) ketika kita dijadikan (ditiupkan roh) di dalam rahim ibu iaitu ajal,jodoh dan rezki. Ketetapan takdir sebenarnya meliputi setiap perkara pada setiap detik namun Allah s.w.t. telah memberi kita pilihan dua jalan pada setiap amal perbuatan yang kita lakukan sama ada ke kanan (kebaikan) atau ke kiri (Kejahatan). Disinilah peranan tiga unsur utama kita dalam memandu jasmani (roh,akal dan nafsu) dalam meniti hari-hari yang memenuhi diari kehidupan sebelum roh diangkat keluar dari dunia ini meninggalkan jasad dan akal yang kaku mereput dibumi. Roh adalah unsur yang abadi dengan izin Nya yang akan dicantumkan semula dengan jasad dibumi pada hari pembalasan nanti. Maka kita akan

Tahun baru permulaan dari sambungan sebuah perjalanan

Hanya nama hari dan bulan sahaja sentiasa sama namun setiap perjalanan jamnya adalah berbeza. Tiap kali bertukar tahun seperti baru memulakan langkah semula. Namun jika diamati semula permulaan setiap tahun hanyalah sambungan dari kisah perjalanan kita pada kalendar yang lepas. Sambungan dari cara dan jalan cerita yang sama tanpa bertukar watak dan agenda. Dalam Islam, setiap hari yang berlalu telah tercatat dalam kitab amalan dahulu. Namun setiap hari yang mendatang perlu lebih baik dari semalam. Kita sentiasa tertipu dengan keseronokan dunia walaupun kita tahu ia adalah sementara. Tujuan hidup yang utama adalah beribadah kepadanya dan maksud beribadah sebenarnya bukan satu amalan peribadatan khusus semata-mata namun ia boleh diluaskan lagi dalam konteks menjana kehidupan keseluruhannya boleh dijadikan ibadat juga namun niat yang ikhlas seperti yang dibacakan dalam permulaan solat (doa iftitah)"...solatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH semata-mata..." boleh dijadik