Memahami takdir dan ketentuan

Takdir adalah jadual perjalanan hidup yang telah ditentukan.Ia telah ditulis di satu kitab induk yang besar di Lauh Mahfuz. Ia memang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. bagi segenap makhluknya sehingga masa yang telah ditentukannya. Ada takdir yang nyata difirman oleh Nya tidak akan berubah dan telah ditulis (diberi) ketika kita dijadikan (ditiupkan roh) di dalam rahim ibu iaitu ajal,jodoh dan rezki.

Ketetapan takdir sebenarnya meliputi setiap perkara pada setiap detik namun Allah s.w.t. telah memberi kita pilihan dua jalan pada setiap amal perbuatan yang kita lakukan sama ada ke kanan (kebaikan) atau ke kiri (Kejahatan). Disinilah peranan tiga unsur utama kita dalam memandu jasmani (roh,akal dan nafsu) dalam meniti hari-hari yang memenuhi diari kehidupan sebelum roh diangkat keluar dari dunia ini meninggalkan jasad dan akal yang kaku mereput dibumi.

Roh adalah unsur yang abadi dengan izin Nya yang akan dicantumkan semula dengan jasad dibumi pada hari pembalasan nanti. Maka kita akan hidup kembali namun menerima kembali balasan apa yang telah dilakukan dalam ketika di dunia percubaan. Itulah takdirnya kita tanpa pilihan atau kekuasaan kerana kita hanyalah hambanya yg mutlak. Selalunya kita akan mengharapkan hari-hari yang mendatang lebih baik daripada semalam namun takdir yang menentukan segalanya dan jika kita sedar, kita perlu mengharap dan berdoa kerana itulah ibadah seorang hamba kepada penciptanya. 

Kita seringkali terleka dan tuhan sememangnya tahu manusia ciptaannya adalah pelupa pabila sering mahu menyanggah takdir atau terlupa kita ini adalah hamba. Di mana kebebasan seseorang hamba?tiada kebebasan namun ada panduan ibarat kereta yang punyai jalan dan jika kita selalu fikirkan setiap yang hidup (bergerak) pasti ada jalan yang dilakar tuhan. Dari sekecil kuman (zarah atom) sehinggakan sebesar planet dan bintang telah ditentukan jalannya. Kita selalu terlupa yang kita hanyalah hamba bila kita ketawa atau bergurau senda dengan membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah dan merasakan kita adalah kuat bila diberi sedikit kuasa (kudrat dan tenaga) sehinggakan kita lupa dari mana datangnya nikmat dunia yang sebenarnya hanyalah pentas ujian bagi kehidupan kekal abadi di Syurga dan Neraka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan aku tidak jadikan Jin dan Manusia selain daripada beribadah kepadaku".Surah al-Dzariyat : ayat 56.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya