Tahun baru permulaan dari sambungan sebuah perjalanan

Hanya nama hari dan bulan sahaja sentiasa sama namun setiap perjalanan jamnya adalah berbeza. Tiap kali bertukar tahun seperti baru memulakan langkah semula. Namun jika diamati semula permulaan setiap tahun hanyalah sambungan dari kisah perjalanan kita pada kalendar yang lepas. Sambungan dari cara dan jalan cerita yang sama tanpa bertukar watak dan agenda.

Dalam Islam, setiap hari yang berlalu telah tercatat dalam kitab amalan dahulu. Namun setiap hari yang mendatang perlu lebih baik dari semalam. Kita sentiasa tertipu dengan keseronokan dunia walaupun kita tahu ia adalah sementara. Tujuan hidup yang utama adalah beribadah kepadanya dan maksud beribadah sebenarnya bukan satu amalan peribadatan khusus semata-mata namun ia boleh diluaskan lagi dalam konteks menjana kehidupan keseluruhannya boleh dijadikan ibadat juga namun niat yang ikhlas seperti yang dibacakan dalam permulaan solat (doa iftitah)"...solatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH semata-mata..." boleh dijadikan sebagai falsafah kehidupan yang dikehendaki oleh tuhan.

Kehidupan perlu diteruskan walaupun cabaran dan dugaan sentiasa datang dengan bentuk yang berlainan. Ia sebenarnya menjadi guru yang terbaik dikenali pengalaman yang terus memandu kita dengan keupayaan akal untuk berfikir. Namun manusia sebenarnya masih lemah jika tidak diberi panduan oleh beberapa orang Utusan Tuhan serta beberapa kitab sebagai panduan. Bagi seorang muslim dan mukmin kita telah mempercayai dan meyakini (beriman) dengan segala apa yang telah diturunkan oleh seorang nabi (Muhammad S.A.W.) melalui sunnah kehidupannya serta sebuah kitab (Al-Quran) yang diwahyukannya. 

Tahun ini adalah kesinambungan bagiku meneruskan kehidupan ke arah penambahbaikan untuk menjadi seorang muslim yang beriman, seorang mukmin yang menambah ketakwaan serta seorang manusia yang berkebajikan untuk semua makhluk yang ada. Meneruskan apa yang belum dilakukan, menambahkan apa yang masih kurang dan membuang apa yang belum hilang.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya