Istiqomah yang paling berat...

Setiap kita sememangnya berdosa dan pintu taubat sentiasa terbuka namun adakah masa hak milik kita untuk menyempurnakan taubat yang tergendala? Ya Allah, kami sentiasa tertipu oleh nafsu dan makhluk derhaka yang licik menipu namun kami sentiasa meminta perlindunganmu agar setiap hela nafas dan gerak geri kami tidak menambahkan dosa dan kesalahan bertambah lagi. Setiap yang terjadi tetap dibawah takdirmu namun kami yang lalai dan terlupa akan perintahmu.

Ada firmanMU berbunyi 

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!" (Al-Jumu'ah 62:6) 

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut HAWANAFSU mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya.(Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; (Al-Mu'minuun 23:71)

Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati?

Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? (Al-Furqaan 25:43)

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu {agar DENGAR dan TAAT}
maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya). (Al-Qasas 28:50)

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?


Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)?
Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? (Al-Jaathiyah 45:23)


Mereka yang berhak menerima hukuman (azab neraka) berkata:
"Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya, kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri); (dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka).

Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri)". (Al-Qasas 28:63)



Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka itu:
"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? (Al-'Ankabuut 29:61
)


Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah
disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. (Ar-Ruum 30:29) "

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya