Beransurnya Ramadhan tersingkapnya Syawal

Masa amat pantas berlalu sehingga kita tidak menyedari atau mengingati semua yang kita jalani berhari-hari sesudah hari berganti hari dan bulan-bulan berlalu pergi. Amat singkat masa yang dirasai dengan kesibukan hal-hal peribadi dan juga tugasan hakiki sebagai pekerja di sebuah agensi. Dengan tidak disedari Ramadhan yang berlalu pergi namun ibadat yang dipenuhi tidaklah seberapa namun syukur ke hadrat ilahi kerana hati ini masih mampu melakukan yang terbaik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Bila datangnya Syawal, suasana hari raya mula terasa walaupun dari sejak dulu tidak berapa suka cara ia dirayakan oleh masyarakat sebangsa. Pesta juadah ikut selera pada bulan puasa dan temasya makan-makan pula di kala raya. Lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio walaupun ia 'radio islam' jauh lari dari ruh Aidilfitri yang sepatutnya dirai seperti di zaman Rasul tercinta. Mungkin budaya dan situasi berbeza kerana kelainan bangsa diantara 'Madinah' dan 'Malaysia'. Lagu sedih kerana kehilangan dan kerinduan sesama makhluk bukan kerana meninggalkan Ramadhan yang memberi 1001 keberkatan. Lagu gembira beraya dengan keseronokan berpesta dengan seolah-olah membelakangkan ajaran agama amat dirasa dengan budaya dan acara yang penuh menikut telunjuk 'rasa' yang selama ini dikongkong dengan 'puasa'.

Mengapa kita terlalu naif menjalani kehidupan beragama dengan cara kita suka dan selesa daripada cuba untuk menjadi pengikut Rasul SAW yang setia? Kita sememangnya telah jauh ditinggalkan oleh mereka beribu tahun yang lalu tambahan pula berbeza bangsa dan benua. Namun amat sedih  terasa kerana kita hanya meraikan Ramadhan dengan pembaziran dan meraikan Syawal juga dengan pembaziran. Raya hanya pesta setelah sebulan cuba 'menghapuskan' dosa. Kita mungkin masih tidak takut dengan neraka yang diancam atau sekadar bercita-cita agar diampunkan dosa oleh Maha Pencipta tanpa berusaha apa-apa dan melupakan suri teladan RasulNYA. Ingatlah bahawa kita tidak mengetahui sisa baki umur yang ada sebelum 'game over' untuk permainan dunia ini. Kita selagi sedar walaupun selalunya lalai untuk cuba menjadi penganut dan pengikut yang baik demi meraih rahmat dari Maha Pencipta yang mempunyai Asma' Ul Husna.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya