Posts

Showing posts from 2012

Kelebihan Berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharram)

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, hari ini 8 Muharram, kita masih lagi diberi nikmat kehidupan oleh Allah swt dan sekali lagi insyaAllah, kita akan dapat menikmati peluang dan kelebihan yang sangat terbaik yang Allah swt janjikan kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh iaitu pada hari Asyura , 10 Muharram yang bakal tiba. Kita disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa: “Rasulullah s.a.w menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tirmizi). Antara fadilat (kelebihan) berpuasa hari Asyura adalah: 1. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim) 2. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada har

Pesan Sheikh Sya'rawy

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Pesan Sheikh Sya'rawy rahimahullah : Bilamana kamu merasa gagal dalam sesuatu perkara,  maka ketahuilah bahawa Allah subhanahuwata'ala amat mengetahui dengan kegagalan ini adalah amat baik untuk kamu :      samada kerana kamu belum bersedia dengan  kemungkinan selepas  itu      atau kamu tidak mampu memikul dugaan yang ada sekarang ini      atau ada sesuatu yang lebih baik menanti kamu. Maka redha lah dengan ketentuan Allah swt untukmu.. Senyumlah..  Dan jangan merasa rendah diri dengan kemampuanmu..

Istighfar...

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah swt akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar, dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329) Huraian Hadith:  1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. 2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah swt akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepada-Nya. Bahkan akan timbul p

Anak-anak

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Nak tahu apa rahsia kanak-kanak kenapa mereka gembira selalu? 1- Mudah terpesona dan berpuas hati dengan benda - benda kecil. Mereka mudah terpesona dengan semua benda-benda yang dipandang remeh oleh orang dewasa. Mereka jarang cerewet dan jarang merungut dengan apa yang diberikan oleh ayah atau ibu mereka. Kanak-kanak mudah dipuaskan. Itu sebab mereka gembira. Orang dewasa pula susah berasa gembira kerana sentiasa ditipu oleh dunia fatamorgana ini. Elakkan mengejar kesempurnaan dalam hal-hal yang bersifat material ini kerana manusia tidak akan berasa puas selagi syukur tidak menjadi dinding di dalam hati. - kena lebih sabar, syukur dan redha kepada Allah swt. 2- Mudah melupakan dan memaafkan Kanak-kanak tidak pandai menyimpan dendam. Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Sekarang, adakah mudah untuk kita mencari orang dewasa yang tidak mudah meny

Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam diberikan peluang oleh Allah swt untuk menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban . Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah) " . Para sahabat bertanya, "Tidak pula jihad di jalan Allah? Nabi s.a.w berkata, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun" (Sunan Abi Daud dan  Ibnu Majah). Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada Hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) Dan tahmid (Alhamdulillah) .” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Berpuasa pada Sepuluh hari pertama bu