Posts

Showing posts from 2009

Zakat tuntutan dan kewajipan

"Wahai orang-orang beriman, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, semoga kamu semua memperoleh rahmat" Zakat adalah satu pemberian yang ditentukan kadarnya mengikut pemerintah semasa atau kadar yang mencukupi bagi menyara keperluan golongan miskin terutamanya makanan asasi mereka seharian. Zakat fitrah yang diwajibkan bagi semua orang islam yang telah mempunyai pendapatan serta  setiap tanggungannya dalam bulan ramadhan sehingga sebelum bermulanya solat aidilfitri. Syarat-syaratnya ialah:   Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada satu Syawal. Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari Ramadan. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan. Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya sehingga awal Syawal.

Duduk diantara dua sujud

Duduk diantara dua sujud dengan kedua-dua kaki dilipat dibawah punggung dengan kaki kanan diatas kaki kiri. Ucapkan doa: Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii. (Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.) Kemudian sujud sekali lagi dengan bacaan yang sama kemudian duduk dengan kaki kiri dilipat dibawah punggung dan kaki kanan dilipat lurus kebelakang dengan ibujari ditegakkan menghadap kiblat sebentar sebelu terus bangun berdiri tegak untuk meneruskan rakkat yang kedua. Berdiri tegak dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah pilihan kemudian rukuk,iktidal,sujud,duduk diantara dua sujud. Kemudia sujud kali kedua kemudian duduk diantara dua sujud dengan bacaan tahiyat awal sebelum berdiri (Jika solat 3 dan 4 rakaat dan jika solat 2 rakaat teruslah membaca tahiyat a

Tunduk Rukuk dan Sujud Pengabdian

Selepas membaca surah terpilih maka tunduklah kita berserah dengan kepala dan pinggang separas dan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas kepala lutut. Dengan mulut memuji "Subhanarabbiyal azhimi wabihamdi" dan hati terus meagungkan "Maha Suci tuhanku yang Maha Agung dan segala pujian". Bangun kembali (iktidal) dengan mengucapkan "Samiallahu liman hamidah (Maha Mendengar Allah akan pujian orang yang memujinya)" dan "Rabbana lakalhamdu (Ya tuhanku, untukmulah segala pujian)". Seterusnya terus sujud dengan rasa rendah diri dan betapa hinanya kita dengan bacaan "Subhanarabbiyal a'la wabihamdi" dengan hati meagungkannya "Maha Suci tuhan  yang Maha Tinggi dan segala pujian ".

Surah pembukaan keabdian...

Setelah membaca doa pembuka (iftitah) dengan rasa rendah diri dan kusyuk kita bacakan pula Surah pertama (Ummul Kitab) yang tersusun di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah. Ia dibaca dengan berulang setiap kali memulakan rakaat dalam solat.Ia dibaca dengan transliterasi seperti ini: Alhamdulillahirabbil a'lamin. Arrahmanirrahim. Malikiyaumiddin. Iyya kana'budu waiyya kanastai'n. Ihdinashiratholmustaqim. Shiratallazi naan a'm taa'laihim, Ghairilmaghdubi alaihim, Waladhallin. Amin. (Sebutan rumi tidak sama dengan bunyi huruf jawi) Dengan lafaz dan terjemahan ringkas yang bermaksud: Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang berkuasa pada hari beragama (hari dimana agama sahaja yang penting) Hanya kepada engkaulah kami sembah penuh keabdian dan meminta segala pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus sebagaimana jalan orang-orang yang engkau berikan kepada mereka nikmat. Bukan jalan-jalan orang y

Doa pembuka menghadap yang esa.

Selepas bertakbir tangan diqiamkan dengan  tapak tangan kiri diatas pusat dan tapak tangan kanan diatasnya (Mazhab syafie).Kemudian dibacakan doa pembuka (iftitah) yang berbunyi: "Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin. " Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri. Dengan tafsiran meletakkan segala kebesaran, puji-pujian hanya untuk Allah swt siang dan malam kita bertakbir,b

Mengerjakan SOLAT lima waktu

Wahai orang-orang beriman, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat agar kamu semua mendapat berkat dan selamat dari tuhan yang maha mengasihi. Setiap agama mesti mempunyai ritual penyembahan kepada tuhan atau dewa-dewa keangungan mereka. Mereka mempercayainya sehingga sanggup membuat persediaan yang rapi bagi menjalankan ritual-ritual suci itu. Rukun islam yang kedua ialah solat satu persembahan ibadat yang diperintahkan oleh ALLAH secara langsung dengan Rasulullah SAW ketika peristiwa israk mikraj baginda menghadap Rabbuljalil di Baitulmakmur Arasy di puncak langit ketujuh. Betapa besarnya solat itu sehinggakan Maha Pencipta sendiri yang mengarahkan rasulnya supaya mendirikan solat bermula dengan 50 waktu sehari semalam sehingga tinggal 5 waktu sehari semalam. Uniknya solat yang diperintahkan ini diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibril a.s dengan segala pergerakan jasmani sehinggalah diikuti hingga ke hari ini. Waktu yang ditentukan untuk bersolat pula berdasarkan pergerakan matahar

Aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH...

Setiap manusia yang lahir ke dunia walaupun dia seorang atheis atau komunis, jauh disudut hatinya mengaku dan mengakui bahawa wujudnya satu kuasa iaitu tuhan. Fitrah manusia sebagai makhluk yang dijadikan ALLAH ini nalurinya tahu akan kewujudan tuhan sebagaimana akal,roh dan nafsu itu mengaku kewujudannya. Mustahil kita lahir ke dunia ini secara tiba-tiba dan mustahil seluruh alam ini wujud dengan serta merta tanpa ada awalan atau penguasa yang menciptanya. Sukar untuk menafikan kitidakwujudan tuhan oleh sesiapa jua sehingga ada golongan yang berikrar tidak mempercayai tuhan namun mereka sebenarnya secara tidak langsung mengakui kewujudan tuhan dengan menafikan kewujudannya. Menurut teori darwin, semua benda yang berada di alam ini terjadi dengan semulajadi serta berubah melalui proses revolusi tersendiri. Mustahil juga bumi ini terjadi dengan sendiri sesuka hati tanpa pengurus atau penciptanya kerana mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendiri dan jika berlakunya proses

Kehebatan takwa...penawar perangkap dunia

Segala puji kepada ALLAH dengan izinnya dapat memperolehi massa dan secalit idea untuk luahan fikiran hati. Sesungguhnya dialah yang maha berkuasa dalam mengatur segala urusan dibumi dan dilangit, tidak pernah tidur dan hanya dialah tuhan yang layak disembah. Aku masih lagi berminat untuk berbicara tentang hakikat takwa yang seharusnya dipupuk kerana dengannya lah segala ibadat dan keabdian kepada tuhan menjadi terlalu nikmat hinggakan kita tidak merasakan apa-apa nilai lagi pada dunia kecuali pentas untuk mendapatkan ganjaran dan pahala. Setiap hembusan nafas yang merangsang pengaliran darah membina sel-sel yang menghidupkan minda adalah kurniaannya yang maha hebat lagi maha menciptakan.Itulah hasil gerakan roh yang memakai jasad dengan dipandu oleh akal dan nafsu. Ketakwaan roh terus mengaku ALLAH tuhanku namun nafsu hampir-hampir tak mahu mengaku namun dengan akal hati nurani iman dari rahmat ilahi membina keyakinan dan ketakwaan yang tinggi. Takwa disemai dengan iman dalam

Aku mengharapkan takwa

Sesungguhnya orang yang mulia disisi ALLAH ialah yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya sebenar-benar iman adalah dengan bersungguh-sungguh takut untuk tidak mengikut perintahnya.Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran tentang apa itu takwa. 2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang  bertakwa (takut kepada Tuhan), 2:21. Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa , 2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang yang tidak percaya. 2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu, dan janganlah menjadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku. 2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membe