Kehebatan takwa...penawar perangkap dunia

Segala puji kepada ALLAH dengan izinnya dapat memperolehi massa dan secalit idea untuk luahan fikiran hati. Sesungguhnya dialah yang maha berkuasa dalam mengatur segala urusan dibumi dan dilangit, tidak pernah tidur dan hanya dialah tuhan yang layak disembah.


Aku masih lagi berminat untuk berbicara tentang hakikat takwa yang seharusnya dipupuk kerana dengannya lah segala ibadat dan keabdian kepada tuhan menjadi terlalu nikmat hinggakan kita tidak merasakan apa-apa nilai lagi pada dunia kecuali pentas untuk mendapatkan ganjaran dan pahala.


Setiap hembusan nafas yang merangsang pengaliran darah membina sel-sel yang menghidupkan minda adalah kurniaannya yang maha hebat lagi maha menciptakan.Itulah hasil gerakan roh yang memakai jasad dengan dipandu oleh akal dan nafsu. Ketakwaan roh terus mengaku ALLAH tuhanku namun nafsu hampir-hampir tak mahu mengaku namun dengan akal hati nurani iman dari rahmat ilahi membina keyakinan dan ketakwaan yang tinggi.


Takwa disemai dengan iman dalam menghayati islam secara ihsan sehingga ia tumbuh segar bertunas dengan berlapis-lapis daun. Berbunganya takwa jika ia subur dan berbuahlah ia dengan izin ALLAH. Bila takwa terus menjulang tinggi sehabis tinggi walau tidak setinggi takwanya para nabi, sahabat dan para wali namun jika dibajai dengan bersihnya hati dunia ini tidak berharga lagi. Segala perangkap dunia tidak berkesan lagi malah syaitanpun megelakkan dari menghampiri. Penyakit-penyakit dunia yang menganggu ketakwaan telah disembuhkan dengan penawar hati iaitu kehebatan takwa kepada ilahi.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya