Zakat tuntutan dan kewajipan

"Wahai orang-orang beriman, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, semoga kamu semua memperoleh rahmat"


Zakat adalah satu pemberian yang ditentukan kadarnya mengikut pemerintah semasa atau kadar yang mencukupi bagi menyara keperluan golongan miskin terutamanya makanan asasi mereka seharian.


Zakat fitrah yang diwajibkan bagi semua orang islam yang telah mempunyai pendapatan serta  setiap tanggungannya dalam bulan ramadhan sehingga sebelum bermulanya solat aidilfitri. Syarat-syaratnya ialah:
 

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada satu Syawal.

  • Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari Ramadan.

  • Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan.


  • Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya sehingga awal Syawal.




Mereka yang layak menerimanya pula digelar asnaf yang terdiri daripada kepada sanak saudara, anak-anak yatim,  orang-orang miskin,  musafir,   dan orang-orang yang meminta-minta.


Zakat bukan sahaja wajib dikeluarkan apabila menjelangnya ramdhan sahaja malah ia amat dituntut pada bila-bila masa sahaja seperti zakat harta seperti hasil pertanian, penternakan dan simpanan emas  serta pendapatan. Ia boleh dikeluarkan mengikut kadar tertentu.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya