Ikhlas, Cinta, Redha, Zikir
Pada suatu tazkirah sebelum solat jumaat 21 Rabiul Akhir 1438 (21/1/2017), telah berpesan oleh khatib yang bertugas sebelum beliau menyampaikan khutbah kerana waktu zohor belum lagi tiba. Apakah ubat atau cara mencari ketenangan hati? Kerana hati ini sentiasa berbolak-balik oleh Allah swt dan kita selalu memanjatkan doa agar diteguhkan hati. Hati manusia seringkali tercabar atau diduga dengan datangnya pelbagai perasaan dari interaksi luar sesama manusia atau hadir oleh perasaan yang menggoncang hati. Diberikan empat 'ubat' atau sikap kita yang boleh mengubat hati dalam mendapat ketenangan hati dan diteguhkan iman oleh Allah swt. Selalunya ubat atau penawar ini adalah usaha bagi menyembuhkan sesuatu penyakit dan ia memerlukan perbuatan yang konsisten sehingga menjadi kebiasaan dan amalan rutin harian. Perkara pertama yang perlu dilakuan dalam mencapai ketenagan dalam proses beriman dengan sifat ketakwaan adalah IKHLAS. Sifat ikhlas adalah tapak atau dasar yang asas