Posts

Showing posts from 2017

12 Jenis Doa Iftitah

Doa Iftitah adalah salah satu doa sunnah muakkad, yaitu doa yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah. Selama ini kita mengenal doa iftitah yang dibaca hanya 1 doa atau 2 doa saja. Taukah kita oleh Nabi صلى الله عليه وسلم diajarkan bermacam-macam doa Iftitah. Dalam doa-doa iftitah yang diajarkan Nabi صلى الله عليه وسلم mengucapkan pujian, sanjungan, dan kalimat-kalimat keagungan untuk Allah Azza wa Jalla. Beliau pernah memerintahkan dan menegaskan hal ini kepada orang yang shalatnya salah dengan sabdanya: لَا تَتِمُ صَلَاةٌ لِأَحَدٍ مِنَ النَّاسِ حَتَّى يُكَبِّرَ وَيَـحْمَدَ اللهَ جَلَّ وَ عَزَّ وَيُثْنِيَ عَلَيْهِ، وَيَقْرَأَ بِـمَا تَيَسَّرَ مِنَ الْـقُرْآنِ... " Tidak sempurna shalat seseorang sebelum ia bertakbir, memuji Allah 'azza wa jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat Al-Qur'an yang dihafalnya ....[1] Berikut ini doa Iftitah yang Beliau baca dalam shalat yang terkadang membaca do'a iftitah ini atau itu atau yang lain, menurut riwayat yang shahih ada ...

APAKAH ITU ISLAM DAN ADAKAH KITA ISLAM?

"Agama yang diredhai oleh Allah adalah Islam", "Tidah diciptakan Manusia dan Jin itu adalah semata-mata beribadah kepadaKU". Islam adalah agama yang bersih berbanding agama lain kerana tiada unsur penyembahan sesama makhluk. Islam mengajar penganutnya hanya menumpukan Allah adalah segalanya dan semua punca kuasa yang ada pada kita dan sekelian alam adalah dari kekuasaan Allah swt. Setiap manusia yang hidup didunia ini pasti telah bersaksi semasa di alam roh bahawa Allah itu adalah pencipta kita. Kalimah syahadah adalah bukti penyaksian kita terhadap Allah dan sejauh mana kita mengenal akan dia dan pengabdian kita kepadaNYA. Kasih DIA dan CINTANYA menjadikan kita makhluknya sebagai manusia dengan akal supaya dapat berfikir dan petunjuk (iman) kepada sesiapa jua yang dipilihNYA agar mendapat hidayah dalam mengenalNYA. Adakah kita cukup mengenal Allah? "Awalluddin Makrifatullah" itulah yang perlu diingati dan difahami kerana pada satu masa kita akan kemb...

Bersabar dan memuji Allah swt.

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ (Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. -Surah Ghafir, Ayah 55   Kuliah Zohor hari ini telah dipimpin oleh Ustaz Khairullah yang mengajar berkenaan tafsir surah Ghafir ayat 55. Antara pengajaran serta intipati: 1. Dalam kita berbuat kebaikan, pasti ada ujian serta sedikit halangan. Maka hadapilah halangan dan ujian tersebut dengan baik. Allah telah menyatakan bahawa, mereka yang terdahulu juga menerima ujian yang sama, dan mereka bersabar. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. 2. Orang beriman ini hanya mengharapkan janji Allah sahaja. Dan sesungguhnya janji Allah itu adalah sesusatu yang ghaib (tidak nampa...

Sekolah Takwa Ramadhan

Hari ini telah masuknya 12 Syawal 1438H menandakan dua belas hari kita telah meninggalkan Bulan Ramadhan yang terdapat didalamnya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Kita seringkali diingatkan oleh para imam atau ustaz tentang firman Allah swt tentang bulan yang penuh kemuliaan ini kerana didalamnya peristiwa besar iaitu Al-Quran diturunkan. KIta telah diperintahlan berpuasa olehNYA dan Allah swt telah memberikan harapan atau saranan berbunyi 'mudah-mudahan kamu bertakwa". Apakah itu takwa? Jika mengikut maksud biasa ialah 'takut' dan seringkali kita diingatkan juga setiap minggu oleh khatib semasa khutbahnya "ittaqullah" yang bererti takutlah kamu kepada Allah swt. Apa yang kita perlu takut? Amaran dan perintahnya kerana kita yang sebelumnya tidak wujud tetapi telah diberi nikmat kehidupan tidak lain adalah untuk beribadat kepadaNYA. Kita sebagai hamba yang telah diberi amaran tentang akibat buruk yang akan diterima jika kita melangg...

Perkongsian Hadis 30

Puasa dan Al-Quran Menjadi Pemberi Syafaat عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (HR Ahmad No: 6338) ...

Perkongsian Hadis 29

Puasa, Sedekah dan Qiamullail عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ   Dari Mu'adz bin Jabal bahwa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1.  Ibadat puasa menjadi benteng atau perisai daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah 2.  Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar 3.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. 4.  Sedekah antara amalan yang boleh menjadi p...

Perkongsian Hadis 28

Bersahur Membezakan Puasa Muslim   عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ Dari Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:   "Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Beribadat perlu mengikut sunnah Rasulullah SAW. 2. Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar. 3. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma. Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan membezakan ibadat puasa ahli kitab. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rasulullah SAW Amat Pemurah Di bulan Ramadan ع...

Perkongsian Hadis 27

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.   Berpuasa   atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa   dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah. 2.   Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar. 3.   Puasa yang dilakukan atas dasar kei...