APAKAH ITU ISLAM DAN ADAKAH KITA ISLAM?

"Agama yang diredhai oleh Allah adalah Islam", "Tidah diciptakan Manusia dan Jin itu adalah semata-mata beribadah kepadaKU". Islam adalah agama yang bersih berbanding agama lain kerana tiada unsur penyembahan sesama makhluk. Islam mengajar penganutnya hanya menumpukan Allah adalah segalanya dan semua punca kuasa yang ada pada kita dan sekelian alam adalah dari kekuasaan Allah swt. Setiap manusia yang hidup didunia ini pasti telah bersaksi semasa di alam roh bahawa Allah itu adalah pencipta kita. Kalimah syahadah adalah bukti penyaksian kita terhadap Allah dan sejauh mana kita mengenal akan dia dan pengabdian kita kepadaNYA. Kasih DIA dan CINTANYA menjadikan kita makhluknya sebagai manusia dengan akal supaya dapat berfikir dan petunjuk (iman) kepada sesiapa jua yang dipilihNYA agar mendapat hidayah dalam mengenalNYA.

Adakah kita cukup mengenal Allah? "Awalluddin Makrifatullah" itulah yang perlu diingati dan difahami kerana pada satu masa kita akan kembali kepadaNYA. Kita perlu redha kepadaNYA kerana kita telah dicipta dan diberi peluang dengan kehidupan dan janji hidup kekal abadi di Syurga atau diancam dengan balasan buruk iaitu Neraka. Islam dari segi bahasa adalah tunduk dan patuh kepada sesuatu dan semua orang islam (muslim) perlu tunduk dan patuh pada semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebagai Pesuruh Allah. Bagaimana mengenal Allah dengan lebih dekat? DIA ialah tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Agung dan kita sebagai hamba perlu merasa dan berasa hina dan serendahnya kita ini sebagai manusia dalam erti kata lain tiada langsung sifat sombong kepada manusia lain. Contoh dan teladan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunnah manusia yang paling mengenal Allah iaitu Muhammad SAW.

Islam itu 'Yusallimu' dan 'Muslimun' iaitu penyerahan, pengabdiaan serta kepatuhan kepada segala perintahnya melalui sebuah kitab yang berjuzuk dan bersurah yang diturunkan melalui wahyu secara lisan oleh RasulNYA dan diikuti pula segala sunnah perbuatannya. Tiada ertinya jika kita ingkar atau menolak walaupun sebaris perintah daripadaNYA kecuali dengan kelalaian serta kealpaan kita sebagai manusia yang lemah. Ketundukan kita bermula dengan kalimah nafi dan isbat iaitu dua kalimah keagungan kunci utama memperaku serta berikrar tiada Tuhan yang layak disembak melainkanNYA serta Nabi Muhammad (SAW) itu utusan terakhirNYA.

Kita beragama dengannya bukan kerana kita dilahirkan oleh pengikutnya tetapi akal dan kepercayaan yang bersandarkan ilmu mengenal dan berfikir tentang kewujudanNYA itu adalah dunia dan kehidupan yang diberi kepada kita inilah pembuktian yang nyata. Kita hanyalah manusia yang diberi kesempatan untuk hidup dalam mengenal dan menunjukkan kasih sayang kita melalui pengabdian ibadah kita hanya kepada DIA Tuhan Sekelian Alam yang terus menerus mengurus serta mentadbir alam ini dengan segala kehendak dan iradatnya tanpa segala takdir dan kententuanNYA DIAlah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya