Bersabar dan memuji Allah swt.

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ

(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

-Surah Ghafir, Ayah 55  

Kuliah Zohor hari ini telah dipimpin oleh Ustaz Khairullah yang mengajar berkenaan tafsir surah Ghafir ayat 55.

Antara pengajaran serta intipati:

1. Dalam kita berbuat kebaikan, pasti ada ujian serta sedikit halangan. Maka hadapilah halangan dan ujian tersebut dengan baik. Allah telah menyatakan bahawa, mereka yang terdahulu juga menerima ujian yang sama, dan mereka bersabar. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

2. Orang beriman ini hanya mengharapkan janji Allah sahaja. Dan sesungguhnya janji Allah itu adalah sesusatu yang ghaib (tidak nampak). Ia disampaikan oleh lidah-lidah para Nabi sebagai suatu keazaman buat orang yang beriman, agar terus dalam ketaatan pada perintah Allah, serta manjauhkan diri daripada larangan Allah dan bersabar atas segala ujian Allah.

3. Dalam kita menuntut ilmu, ketahuilah pada waktu ini (tengahari) mungkin ada yang memilih untuk keluar makan tengahari, ada yang memilih untuk hadir ke majlis ilmu yang telah dirancangkan. Maka, sekiranya kelihatan kurannya penyertaan masyarakat setempat terhadap kuliah-kuliah ilmu ini, janganlah rasa hiba kerana Allah telah menjanjikan penyertaan malaikat-malaikat bersama-sama dalam majlis ilmu tersebut. Mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan serta doa-doa yang baik-baik daripada Malaikat, sebagaimana janji Nabi yang kita yakinkan dan harapkan.

4. Bertasbihlah dengan memuji Allah taala pada waktu pagi dan petang. Basahilah lidah dengan zikir kepada Allah, dan jemput hati kita untuk hadir bersama dalam zikir tersebut. Pelbagai kebaikan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang bertasbih kepada Nya, dan Allah sekali-kali tidak memungkiri janjinya.



5. Teruskan istiqamah dengan sesuatu kebaikan hingga hadir rasa cinta berbuat baik. Ini mampu membawa pemiliknya rasa dekat dengan Allah s.w.t

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya