Sekolah Takwa Ramadhan

Hari ini telah masuknya 12 Syawal 1438H menandakan dua belas hari kita telah meninggalkan Bulan Ramadhan yang terdapat didalamnya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Kita seringkali diingatkan oleh para imam atau ustaz tentang firman Allah swt tentang bulan yang penuh kemuliaan ini kerana didalamnya peristiwa besar iaitu Al-Quran diturunkan. KIta telah diperintahlan berpuasa olehNYA dan Allah swt telah memberikan harapan atau saranan berbunyi 'mudah-mudahan kamu bertakwa".

Apakah itu takwa? Jika mengikut maksud biasa ialah 'takut' dan seringkali kita diingatkan juga setiap minggu oleh khatib semasa khutbahnya "ittaqullah" yang bererti takutlah kamu kepada Allah swt. Apa yang kita perlu takut? Amaran dan perintahnya kerana kita yang sebelumnya tidak wujud tetapi telah diberi nikmat kehidupan tidak lain adalah untuk beribadat kepadaNYA.

Kita sebagai hamba yang telah diberi amaran tentang akibat buruk yang akan diterima jika kita melanggar perintahNYA serta ganjaran yang besar jika kita mendapat rahmat serta keampunan dariNYA. Setiap hamba perlulah berusaha dalam mendapatkan pelbagai nikmat dan ganjaran dengan bersungguh-sungguh membuat amal kebajikan yang diperintahkan melalu pesuruhNYA Rasulullah saw.

Bulan Ramadhan adalah masa sebulan bagi setiap hambanya ditarbiah dengan pelbagai amalan dan ibadat selain yang perintah yang wajib iaitu menahan lapar dan dahaga. Didalamnya juga terdapat keampunan dan pelepasan daripada dosa dan bebasnya dari api neraka. Apabila setiap hambanya dengan ikhlas dan rela menurut perintahnya maka mudah-mudahan bibit-bibit takwa itu dapat disemai subur di dalam jiwa. Buktinya ialah perasaan takut akan perintah dan laranganNYA serta menjiwai perlakuan sebagai seorang hamba iaitu tidak bebas melakukan apa sahaja kerana setia perbuatan tersebut mempunyai nilai dosa dan pahala yang akan diadili pada hari pembalasan nanti.

Jiwa hamba yang bertakwa ialah sentiasa berasa diperhatikan oleh DIA yang Maha Kuasa, Maha Pembalas dan hanya DIAlah Tuhan yang layak disembah serta tiada daya upaya kita sedikitpun untuk melawan atau mendahului apa yang telah diaturkanNYA. DIAlah Allah swt Tuhan yang menguasai antara langit dan bumi dan apa sahaja yang ada diantara kedua-duannya juga sekelian alam ciptaanNYA.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya