andai mahu hidup tenang - cinta rindu Rasulullah s.aw

بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم




Dari syair seorang ulama, air hujan umpama ilmu, tanah pula umpama akhlak seseorang.
Walaupun air hujan itu suci bersih, namun jikalau tanah itu tidak subur, pasti tidak akan menumbuhkan pokok di atas tanah tersebut.
Walaupun kita menuntut ilmu yang tinggi, namun andaikata kita tidak mempunyai akhlak yang baik, ilmu itu tidak dapat memberi manfaat kepada kita mahupun kepada orang lain.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.” (Riwayat at-Turmizi)


Dan bahawa sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia (surah Al-Qalam, ayat 4).
Sangat beruntung kepada umat Baginda yang sentiasa mengikut sunnah dan akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم

.والله أعلم

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya