Andai mahu hidup tenang - 30

بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Kita manusia adalah makhluk yang sering terlupa, sering tidak sedar akan tujuan hidup kita di dunia.
Namun, kerana Allah swt itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambaNya, walaupun kita sering terlupa, leka dan lalai, keampunan dan kemaafan dari Allah swt sentiasa terbuka kepada hambaNya.
Namun, kita perlulah merendah diri dan memohon ampun dan maaf kepada Allah swt, kerana Allah swt suka kepada hambaNya yang selalu meminta-minta, merintih kepadaNya. 

Dan Allah swt tidak suka kepada hambaNya yang berlagak sombong, dan merasa semua kerja yang dia buat, adalah hasil dari titik peluhnya sendiri. Padahal semua perbuatan, semua tindakan kita adalah dengan izin Allah swt jua. 

Dan kita sebagi hambaNya yang sangat lemah, sangat bergantung harap setiap detik kepada Allah swt.
Apakah kita terlupa pada masa kita baru dilahirkan, kita sebagi bayi, tidak dapat berbuat apa-apa, semuanya terserah kepada ibu dan bapa penjaga kita.
Selepas tahun demi tahun, kita semakin membesar dan semakin matang, kita pula berlagak sombong dengan apa yang kita ada.

Maka, bagi manusia yang sedar diri sebagai hamba yang lemah, mestilah selalu menyatakan dari lisan kita memohon kekuatan daripada Allah swt dengan selalu berzikir dan menyebut hauqolah.
Apakah itu hauqolah..? Hauqolah merupakan singkatan kepada   لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Iaitu la haula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim (tiada daya dan upaya kecuali dengan bantuan dari Allah yang Maha Tinggi, Maha Agung)

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata ketika menjelaskan arti ungkapan tersebut:
“Maksudnya ialah tiada daya bagi kita untuk mengamalkan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah swt, dan tiada kekuatan bagi kita untuk meninggalkan maksiat melainkan dengan bantuan-Nya pula.” (ad-Durr al-Mantsur, as-Suyuthi, 5/393)
Sangat banyak kelebihan dan keutamaan kepada kita apabila kita melazimi menyebutnya.
Antaranya adalah:

1.      Dapat menghapuskan dosa.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidaklah seorang di atas muka bumi ini yang berucap la ilaha illallah, allahu akbar, subhanallah, alhamdulillah, dan la haula wa la quwwata illah billlah melainkan dosa-dosanya akan diampuni meskipun melebihi banyaknya buih di lautan.” (Shohih al-Jami’, no. 5636)

2.      Termasuk al-baqiyatush sholihat.
Al-baqiyatush sholihat artinya amalan-amalan yang kekal lagi shalih. Tatkala ditanya tentang makna kata tersebut, Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu menjawab: “Yaitu ucapan la ilaha illallah, subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar, dan la haula wa la quwwata illa billah.”(al-Musnad, 1/71)
Jawaban seperti ini dinukil juga dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma dan Sa’id bin al-Musayyib rahimahullah. (Tafsir ath-Thobari, 15/254-255)

3.      Salah satu harta simpanan di surga.
Suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Abdullah bin Qois -nama dari Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu-: “Hai Abdullah bin Qois, ucapkanlah la haula wa la quwwata illa billah, sesungguhnya ia salah satu harta simpanan di syurga.” (HR. Bukhari, no. 4205, 6384, dan Mulsim, no. 2704)
Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa arti harta simpanan di syurga ialah pahala yang ditabung untuk di syurga, dan ia merupakan pahala yang begitu berharga. (Syarh an-Nawawi ‘ala Shohih Muslim, 17/26)

4.      Merupakan tanaman di surga.
Pada malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjalani peristiwa isro` mi’roj, beliau melewati Nabi Ibrohim ‘alaihissalam, ia berkata: “Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak tanaman syurga.”
Beliau bertanya: “Apa itu tanaman syurga?.”
Ibrohim menjawab: “Yaitu ucapan la haula wa la quwwata illa billah.” (Shohih Ibn Hibban, no. 821)

5.      Termasuk salah satu pintu surga.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata kepada Qois bin Sa’ad bin Ubadah: “Maukah aku tunjukan kepadamu salah satu pintu syurga?.”
Aku menjawab: “Ya, tentu saja.”
Beliau bersabda: “Yakni ucapan la haula wa la quwwata illa billah.” (ash-Shohihah, 4/35-37)

6.      Merupakan ucapan orang yang berserah diri kepada Allah.
Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata: “Siapa yang berkata bismillah sungguh ia telah mengingat Allah, siapa yang berkata alhamdulillah sungguh ia telah bersyukur kepada Allah, siapa yang berkata Allahuakbar maka ia telah mengagungkan Allah, siapa yang berkata La ilaha illaAllah maka ia telah mentauhidkan Allah, dan siapa yang berkata la haula wa laa quwwata illah billah maka sungguh ia telah berserah diri sepenuhnya, dan kalimat itu akan menjadi harta
simpanan baginya di surga.” (Fadhlu la haula wa laa quwwata illa billah, Ibnu Abdilhadi, hlm. 35)

Mudah-mudahan.
.والله أعلم

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya