SOLAT---PELIHARALAH

بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Allah swt mengurniakan nikmat solat kepada kita, kerana solat itu sahaja merupakan suatu ibadah yang sangat lengkap dengan segala kebaikan.
Jika seseorang hanya melihat solat sekadar suatu ibadah fardu, sudah pasti mereka akan solat tanpa mahu berusaha bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ilmu solat.
Namun hakikatnya, solat adalah suatu doa, solat adalah kurniaan pakej kesihatan daripada Allah swt dan solat adalah suatu keadaan di mana kita dapat berhubung terus dengan tuhan yang menciptakan kita.
Yang mana kita telah diciptakan dengan sebaik-sebaik ciptaan.
Dengan itu tidak ada apa-apa alasan lagi bagi kita dalam melaksanakan ibadah solat.
Solat yang khusyuk sangat dituntut kerana itulah lambang kehambaan yang tertinggi bagi seseorang ketika solat.

Dan kena lebih banyak menimba ilmu berkaitan dengan solat. Umpama untuk mendapatkan geran paten, perlulah mematuhi segala keperluan yang ada dalam akta paten. Begitu juga dengan solat. Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, kita perlu patuhi dan mendalami setiap perkara berkaitan solat seperti bersuci, wudhu', rukun solat dan syarat-syarat sah rukunnya. Untuk berjaya di dunia dan di akhirat memerlukan ilmu. Kerana ilmu itu cahaya, jahil itu bahaya. Berusahalah untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat, dengan mencapai khusyuk dalam solat kita, mudah-mudahan.

Ini adalah petua daripada hos rancangan Khawatir Shabab, yang berkongsi amalan-amalan yang biasa, yang kita boleh buat untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Namun ini bukanlah cara yang paling muktamad, kerana masing-masing perlu merasa sendiri dan mencari sendiri bagaimana mahu solat dengan khusyuk.


Khusyuk terletak dalam hati. Hati adalah seperti bahagian lain dalam badan memerlukan latihan setiap hari agar menjadi kuat.

        1. Warming-up.
Mana-mana jurulatih apabila diminta untuk melatih dia akan menyuruh kamu untuk memanaskan badan dahulu. Persediaan solat ada 2 perkara:-
PERTAMA: Setiap jam luangkan masa sedikit untuk berzikir walau 10 saat sahaja. Jangan sangka sepanjang hari kita lalai dari mengingati Allah SWT tetapi apabila mendirikan solat anda akan terus khusyuk. Sebab itu luangkan sedikit masa untuk berzikir sebelum mulakan solat.
KEDUA: Mengambil wudhuk setiap kali solat. Walau masih dalam keadaan berwudhuk lebih baik anda berwudhuk lagi sebelum mendirikan solat. Jangan berwudhuk dengan cepat. Tetapi bayangkan keadaan anggota wudhuk ketika hari kiamat. Contohnya ketika membasuh tangan kanan, bayangkan keadaannya ketika hari kiamat ketika mengambil kitab amalan anda dengan tangan kanan. Minta dijauhkan daripada mengambil kitab amalan daripada tangan kiri. Apabila membasuh kaki bayangkan kaki kita ketika merentas Sirath. Berdoalah supaya kaki kita kukuh ketika merentas Sirath.

2. Beli baju hanya untuk solat semata-mata. Ramai dari kita membeli baju hanya untuk majlis keramaian. Jadikan solat saperti majlis keramaian. Tempahlah baju daripada kain yang terbaik, sulam baju itu dan jadikannya semata-mata untuk solat.

3. Beli minyak wangi dan khaskan untuk solat saja. Pakar psikologi menyatakan terdapat kaitan antara wangi-wangian dan emosi. Kadang-kadang kita akan teringatkan seseorang atau kejadian tertentu. Dapatkan satu wangian yang membuat anda khusyuk dalam solat.

4. Perlahankan pergerakan ketika solat. Jika anda biasa solat dengan laju perlahankan pergerakan setengah kelajuan asal. Sama ada takbir ataupun sujud atau rukuk perlahankan pergerakan. Abu Hamid Al Ghazali menyatakan sebagaimana khusyuk memberi kesan keatas anggota badan, anggota badan dan penampilan juga memberi kesan keatas hati.

Baju, wangian dan memperlahankan pergerakan memberi kesan dalam khusyuk ketika solat.

Bagi lelaki digalakan solat berjemaah dimasjid. Bagi wanita bersolat pada waktunya dan di awal waktu.

Jadikan solat seperti hubungan cinta antara anda dan Allah SWT. Bagi Rasulullah SAW, solat bukan satu fardhu tetapi solat adalah masa untuk berehat. Jika kamu bersolat, solatlah seperti ia solat terakhir kamu.

5. Semasa bertakbir, bayangkan anda sedang menghadap Allah SWT, Pencipta anda. Bayangkan anda sedang mengadapNya pada hari kiamat sendirian.

“Allah SWT tidak memandang solat seseorang yang hatinya tidak hadir bersama" - Abu Hamid Al-Ghazali.


Bayangkan juga kaitan anda dicipta dan dikembalikan ketanah. Bayangkan masa kecil dan perjalanan hidup ketika sujud. Bayangkan perlindungan Allah SWT sejak dari perut ibu anda. Semua ini membantu khusyuk dalam solat.

6. Berdoalah agar Allah menetapkan rasa khusyuk dalam hati dan anggota badan kita.
Moga bermanfaat. 
.والله أعلم

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya