cinta rindu Rasulullah s.aw

بسم الله الرحمن الرحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Dari Anas ra dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Sesungguhnya orang kafir itu bila berbuat kebaikan, maka ia langsung diberi balasan yang dia rasakan di dunia. Adapun bagi orang mukmin, maka sesungguhnya Allah  Ta’ala menyimpan kebaikan-kebaikannya itu untuk dibalas di akhirat, dan dia dikurnia rezeki didunia kerana ketaatannya”.

Dalam riwayat lain dikatakan: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kebaikan orang mukmin di mana ia diberi kurnia di dunia kerana kebaikannya itu masih akan dibalas nanti di akhirat. Adapun orang kafir, dia mendapat kurnia di dunia kerana kebaikan yang dia lakukan Allah Ta’ala sehingga bila dia pulang ke akhirat, maka dia tidak akan mendapat balasan atas kebaikan yang dia perbuat”. Riwayat Muslim

Hadis ini menafikan sifat zalim Allah terhadap orang bukan Muslim yang berbuat baik. Perbuatan baik ada yang memerlukan niat dan ada yang tidak memerlukan niat. Contoh perkara yang tak perlukan niat ialah berbuat baik kepada orang, memberi makan kepada orang susah, menolong jiran dan sebagainya.  Perbuatan yang sebegini sah tanpa memerlukan kepada niat. Namun, ada beza nilai antara perbuatan baik yang dilakukan atas perintah Allah Ta’ala, dan perbuatan baik yang dilakukan atas dasar peri-kemanusiaan.

Orang kafir yang buat baik atas dasar kemanusiaan, dan ikhlas dalam perbuatannya akan diberi balasan baik di dunia. Tetapi jika dia tidak ikhlas, Allah tidak akan memberi balasan yang baik kepadanya. Orang beriman pula jika berbuat baik kerana mentaati Allah, maka perbuatan itu akan menjadi ibadah. Oleh itu, dalam setiap perkara baik yang dilakukan, lakukan dengan niat kerana Allah, maka nilainya akan menjadi ibadah di sisi Allah. Jika tidak, perbuatan itu hanya menjadi perbuatan baik dalam kacamata manusia sahaja. Perbuatan ibadah orang mukmin akan disimpan kebaikannya untuk diberi di akhirat. Terkadang Allah akan ganti ibadah yang dilakukan di dunia dengan bentuk yang sama di akhirat. Contohnya, jika kita pernah bantu orang, maka Allah akan bantu kita diakhirat. Jika kita pernah mengangkat kesusahan daripada orang lain, maka Allah akan mengangkat kesusahan kita di akhirat.

“Barangsiapa mengangkat kesusahan daripada orang lain di dunia, maka Allah akan mengangkat kesusahannya nanti di akhirat.
Barangsiapa mengangkat kesedihan orang mukmin di dunia, maka Allah akan mengangkat kesusahannya nanti di akhirat.
Barangsiapa yang banyak menangis di dunia, maka dia akan  ketawa di akhirat.
Barangsiapa yang banyak ketawa di dunia, maka dia akan menangis di akhirat.”

dari keranakasihnabi.blogspot.com


.والله أعلم

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya