Posts

Selamat hari lahir rasulku idolaku

Tanggal 12 Rabiulawal sekali lagi disambut oleh semua umat muhammad S.A.W. hari kelahirannya yang  ke 1478 tahun (Masihi) atau 1421 tahun (Hijriah) meninggalkan kita setelah 23 tahun berusaha menyampaikan wahyu Allah serta segala suruhannya. Tiada insan yang paling mulia di dunia ini selain baginda diikuti rasul-rasul dan nabi-nabi utusan Allah. Sehingga kini tiada siapa yang dapat menafikan pengaruh baginda sehingga mempunyai pengikut berjumlah 1.3 bilion.  Untuk mengenangkan kembali legasi perjuangan baginda, dititipkan khutbah terakhir baginda buat semua umat kesayangannya. "Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Musli...

Salam Maal Hijrah 1431

Kesibukkan dunia telah melalaikan kita yang sebenarnya usia semakin bertambah dengan harapan amalan juga bertambah disamping berkurangnya melakukannya perkara-perkara maksiat dan shubhah. Dunia juga telah bertambah tua dengan tanda-tanda yang dizahirkannya melalui pelbagai bencana akibat cuaca dan struktur plat tektoniknya yang semakin giat bergegar di sini sana. Setiap tahun kita sering meraikan ulangtahun dan juga awal tahun, namun kita selalu lupa yang sebenarnya setiap hari adalah masa yang berbeza dan tahun yang dikira adalah tempoh 12 kali bulan mengelilingi bumi atau sekali bumi mengelilingi matahari. Kita memang selalu tidak sedari atau sengaja buat tidak tahu dengan segala kejadian ini. Kita mungkin terlalu mabukkan dunia sehingga tidak terpikir hakikatnya kita akan meninggalkannya. Setelah 1431 islam secara rasminya mula menyebarkan dakwahnya sehinggalah kini betapa sejarah tidak pernah menipu. Berbagai kisah jatuh bangun umat islam sejak dari zaman dagangnya sehinggalah ...

Zakat tuntutan dan kewajipan

"Wahai orang-orang beriman, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, semoga kamu semua memperoleh rahmat" Zakat adalah satu pemberian yang ditentukan kadarnya mengikut pemerintah semasa atau kadar yang mencukupi bagi menyara keperluan golongan miskin terutamanya makanan asasi mereka seharian. Zakat fitrah yang diwajibkan bagi semua orang islam yang telah mempunyai pendapatan serta  setiap tanggungannya dalam bulan ramadhan sehingga sebelum bermulanya solat aidilfitri. Syarat-syaratnya ialah:   Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan diri dan tanggungannya pada satu Syawal. Anak yang lahir sebelum (uruf) matahari akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari Ramadan. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan. Menganut Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya sehingga awal Syawal. ...

Duduk diantara dua sujud

Duduk diantara dua sujud dengan kedua-dua kaki dilipat dibawah punggung dengan kaki kanan diatas kaki kiri. Ucapkan doa: Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii. (Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, ber rizqilah aku, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.) Kemudian sujud sekali lagi dengan bacaan yang sama kemudian duduk dengan kaki kiri dilipat dibawah punggung dan kaki kanan dilipat lurus kebelakang dengan ibujari ditegakkan menghadap kiblat sebentar sebelu terus bangun berdiri tegak untuk meneruskan rakkat yang kedua. Berdiri tegak dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah pilihan kemudian rukuk,iktidal,sujud,duduk diantara dua sujud. Kemudia sujud kali kedua kemudian duduk diantara dua sujud dengan bacaan tahiyat awal sebelum berdiri (Jika solat 3 dan 4 rakaat dan jika solat 2 rakaat teruslah membaca tahiyat a...

Tunduk Rukuk dan Sujud Pengabdian

Selepas membaca surah terpilih maka tunduklah kita berserah dengan kepala dan pinggang separas dan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas kepala lutut. Dengan mulut memuji "Subhanarabbiyal azhimi wabihamdi" dan hati terus meagungkan "Maha Suci tuhanku yang Maha Agung dan segala pujian". Bangun kembali (iktidal) dengan mengucapkan "Samiallahu liman hamidah (Maha Mendengar Allah akan pujian orang yang memujinya)" dan "Rabbana lakalhamdu (Ya tuhanku, untukmulah segala pujian)". Seterusnya terus sujud dengan rasa rendah diri dan betapa hinanya kita dengan bacaan "Subhanarabbiyal a'la wabihamdi" dengan hati meagungkannya "Maha Suci tuhan  yang Maha Tinggi dan segala pujian ".

Surah pembukaan keabdian...

Setelah membaca doa pembuka (iftitah) dengan rasa rendah diri dan kusyuk kita bacakan pula Surah pertama (Ummul Kitab) yang tersusun di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah. Ia dibaca dengan berulang setiap kali memulakan rakaat dalam solat.Ia dibaca dengan transliterasi seperti ini: Alhamdulillahirabbil a'lamin. Arrahmanirrahim. Malikiyaumiddin. Iyya kana'budu waiyya kanastai'n. Ihdinashiratholmustaqim. Shiratallazi naan a'm taa'laihim, Ghairilmaghdubi alaihim, Waladhallin. Amin. (Sebutan rumi tidak sama dengan bunyi huruf jawi) Dengan lafaz dan terjemahan ringkas yang bermaksud: Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang berkuasa pada hari beragama (hari dimana agama sahaja yang penting) Hanya kepada engkaulah kami sembah penuh keabdian dan meminta segala pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus sebagaimana jalan orang-orang yang engkau berikan kepada mereka nikmat. Bukan jalan-jalan orang y...

Doa pembuka menghadap yang esa.

Selepas bertakbir tangan diqiamkan dengan  tapak tangan kiri diatas pusat dan tapak tangan kanan diatasnya (Mazhab syafie).Kemudian dibacakan doa pembuka (iftitah) yang berbunyi: "Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin. " Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri. Dengan tafsiran meletakkan segala kebesaran, puji-pujian hanya untuk Allah swt siang dan malam kita bertakbir,b...