Salam Maal Hijrah 1431

Kesibukkan dunia telah melalaikan kita yang sebenarnya usia semakin bertambah dengan harapan amalan juga bertambah disamping berkurangnya melakukannya perkara-perkara maksiat dan shubhah. Dunia juga telah bertambah tua dengan tanda-tanda yang dizahirkannya melalui pelbagai bencana akibat cuaca dan struktur plat tektoniknya yang semakin giat bergegar di sini sana.

Setiap tahun kita sering meraikan ulangtahun dan juga awal tahun, namun kita selalu lupa yang sebenarnya setiap hari adalah masa yang berbeza dan tahun yang dikira adalah tempoh 12 kali bulan mengelilingi bumi atau sekali bumi mengelilingi matahari. Kita memang selalu tidak sedari atau sengaja buat tidak tahu dengan segala kejadian ini. Kita mungkin terlalu mabukkan dunia sehingga tidak terpikir hakikatnya kita akan meninggalkannya.

Setelah 1431 islam secara rasminya mula menyebarkan dakwahnya sehinggalah kini betapa sejarah tidak pernah menipu. Berbagai kisah jatuh bangun umat islam sejak dari zaman dagangnya sehinggalah ke zaman kegemilangannya suatu ketika dulu dan kini seolah-olah kembali menjadi dagang. Umat islam kini tahun demi tahun seringkali ditimpa bencana yang kebanyakan akibat dari perbuatan dan pemikiran sendiri yang tahun demi tahun meninggalkan Rasulullah (Sunnah) dan Allah (Al-Quran). Merka lebih senang hidup dengan ideologi asing selain yang telah dituntut oleh para nabi terutamanya pengaruh dari golongan kafir harbi yang sememangnya memusuhi Islam dengan dibantu oleh golongan munafik yang hati mereka telah ditutup dan lemas dengan nikmat dunia.

Sehinggalah ke saat ini ramai umat islam seakan-akan telah sesat dengan dunia dan lupa tujuan dihidupkan oleh Allah swt. Setiap kita mungkin selalu lupa dengan beberapa ayat dalam surah Al-Fatihah yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan diredhai, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai dan jalan orang-orang yang sesat".

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya