Posts

Showing posts from 2021

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM, KITA BUKAN PEMILIK SYURGA DAN NERAKA

 Seringkali sejak dahulu lagi manusia sering berselisih pendapat tambahan pula setiap dari kita mempunyai citarasa dan keinginan yang berbeza namun kadangkalanya mempunyai titik persamaan yang sama menjadi sebuah ikatan yang kuat. Sejak peristiwa pembunuhan pertama dikalangan anak manusia, kisah Habil dan Qabil menjadi contoh bagaimana takdir menjadi satu pengajaran tentang pertelagahan serta permusuhan yang terbitt dari keinginan nafsu manusia yang boleh membawa bencana. Dalam menelusuri sejarah tersebut, inilah cerita atau pengkhabaran Allah SWT. tentang nasib yang akan menimpa setiap manusia apabila terjerumus dalam suatu kesalahan (dosa) dan kepatuhan dari melakukan dosa menyebabkan nasib antara dua orang anak Adam AS. itu membawa kepada kecelakaan atau kebahagiaan. Kesabaran orang yang faham akan hakikat kepatuhan kepada pemilik syurga dan neraka hanya berserah kepadaNya walaupun telah diancam oleh saudara sendiri untuk membunuhnya kerana sifat ketakwaan yang tinggi dan masih mamp

KITA MANUSIA, KE SYURGA ATAU KE NERAKA

 Hakikatnya semua kita tidak pernah mengingati atau cuba mengingati dimana kita semua sebelum diberi kehidupan di dunia ini kerana kealpaan manusia itu adalah sifat utama apabila kita telah boleh berfikir dan keluar dari peringkat usia mumayyiz (yang tidak dipertanggungjawabkan tentang dosa dan pahala). Manusia adalah makhluk istimewa dan itu telah diperakui oleh Sang Maha Pencipta dititipkan melalui firmanNya dalam kitab termulia iaitu Al-Quran sebagaimana disampaikan oleh para penghulu segala Nabi dan Rasul junjungan besar SAW. Ketika Allah SWT. berfirman kepada para malaikat akan kehendaknya ingin menciptakan satu makhluk yang akan memakmurkan bumi sebagai pentadbir (khalifah) dimana dipersoalkan oleh para malaikat mengenai keraguan mereka terhadap makhluk yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Selayaknya hanya Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dengan berfirman atas jawapan terhadap keraguan para malaikat itu hanya Dia sahaja yang mengetahui atas kehen

KORBAN DARI HATI NURANI

Salam Hari Tasyrik 12 Zulhijjah 1442H - Pengertian Kurban dalam ilmu feqah dikenali juga dengan istilah Udhhiyah. Di dalam Kitab Al-Jaami' Liu Ahkaamil Quran Imam al-Qurtubi mendefinisikan Udhhiyah secara bahasa dengan 'Kambing yang disembelih pada waktu dhahwah (waktu dhuha).' Sedangkan Udhhiyyah menurut istilah syara' sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Abdiin dalam Kitab Hasyiah Ibnu Abdiin adalah: 'Haiwan yang disembelih dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah SWT di hari Nahr dengan syarat-syarat tertentu.' Dalam buku 'Fiqh Ibadah' oleh Zaenal Abidin, perintah menyembelih haiwan qurban ini disebutkan Allah SWT dalam Al Qur'an surat Al-Kautsar ayat 1-3. ‎إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ innā a'ṭainākal-kauṡar Artinya: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. ‎فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ fa ṣalli lirabbika wan-ḥar Artinya: Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah. ‎إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ inna sy

DUNIAKU, DUNIA MEREKA DAN DUNIA KITA

Aku datang dari jauh bukan untuk mengeluh dan merusuh apatah lagi menjadi bodoh, Aku dikerah untuk berpeluh dah memilih jalan baik atau jalan buruk, Aku hidup dengan nyawa berjasadkan jasmani manusia dari tanah yang terhampar, Aku diberi pakaian siang untuk berusaha dan selimut malam untuk beribadah tanpa leka, Aku sentiasa lalai dan cuai akan ujian yang senantiasa menerpa, Aku jika gagal akan menjadi mangsa serigala atau menjadi domba yang hilang dari kawanan dilupakan tuannya, Aku tidak tahu nasib baik burukku kecuali merayu dan mengadu, Aku perlu mengenali Dia Sang Pencipta untuk kenal diri ini makhluk hina dina dari cairan benih senggama, Aku perlu melangkah setiap tapak bukan celapak dan bergerak dengan riak, Aku perlu sedar untuk bersihkan jiwa bukan terpedaya atau berpura-pura lupa akan asal usul makhluk bergelar manusia, Aku perlu menagih simpati dan tekad dihati agar jiwa dan raga diredhai olehNya. Mereka bising seperti deringan loceng membuatkanku ingin mengasing, Mereka cemb

BERHALA PERTAMA SEMBAHAN MANUSIA

Berhala atau patung adalah hal yang umum disembah bagi kebanyakan orang sebelum masa-masa sebelum kedatangan Islam sehingga timbullah stigma dalam ajarannya. Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menyebarluaskan ajaran Islam malah sebagai rahmah sekalian alam (termasuk alam flora, fauna dan Jin). Namun, kehadirannya pada masa-masa patung menjadi sesembahan bukanlah hal yang baik, sebab beliau seakan menghancurkan apa yang sudah mereka sembah selama ini. Padahal, patung yang mereka sembah adalah sumber dosa seperti juga moyangnya Nabi Ibrahim AS. Makanya, pada masa Fathu Makkah(pembukaan dan penawanan), perkara yang pertama kali dihancurkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah berhala atau patung agar tidak lagi dijadikan ssembahan dan Baginda SAW tidak menumpahkan darah sesama manusia (mereka boleh berlindung di rumah Abu Sufyan). Bukan hanya Nabi Muhammad SAW, akhirnya para nabi dan rasul lainnya ikut serta memerangi perbuatan syirik dan mengajak manusia untuk

IMAM BUKHARI MUHADDIS AGUNG

Beliau bukanlah seorang arab, sahabat atau tabii'n yang hidup hampir dengan zaman Rasulullah SAW namun beliau berpeluang untuk berjumpa dengan ramai ulama-ulama hebat. Bapanya berguru dengan Imam Malik, seorang yang warak juga ahli perniagaan yang berjaya namun telah meninggalkannya semasa usia beliau masih kanak-kanak. Beliau lahir dan dibesarkan di Bukhara, sebuah wilayah jauh ke utara berhampiran Khurasan dalam kawasan geografi Uzbekistan sekarang. Beliau telah dilahirkan pada hari Jumaat, 13 Syawal 194H. Ibunya telah membesarkannya bersama seorang adik lelaki dengan didikan agama tambahan pula beliau sememangnya mempunyai bakat dan daya hafalan yang kuat. Beliau pernah mengalami masalah penglihatan semasa kecil namun berkat doa ibunya, ianya telah pulih seperti sediakala. Beliau mempunyai semangat yang kuat untuk menghafal hadis dan bersungguh-sungguh memastikan setiap hadis tersebut benar-benar sahih dengan sanad dan jauh dari penambahan atau dicemari dusta. Beliau juga mempun

PERMINTAAN DAN HARAPAN ADALAH TAKDIR SEORANG HAMBA

Manusia adalah sebaik-baik penciptaan oleh Yang Maha Esa kerana ia telah dipilih sebagai khalifah (pentadbir) yang diberi amanah untuk memakmurkan bumi ini yang dahulunya mati dan dihidupkan oleh kehidupan yang diciptakan bermulanya dari air. Manusia diciptakan dengan sifat-sifat yang telah dipunyai oleh haiwan namun dilebihkan dengan akal yang membolehkan mereka berkembang menjadi makhluk moden yang mampu menguasai segalanya yang ada di bumi. Apabila Allah swt menciptakan manusia, makhluk inilah yang mengaku dan mengesakan Tuhannya dan menjelaskan lagi kemegahan dan keagungan Allah swt sebagai sebaik-baik pencipta dan Tuhan yang tunggal untuk disembah kerana akalnya telah diberi kebebasan untuk memilih mengikut kemahuannya. Sejak penciptaan manusia pertama tuhan telah menceritakan melalui penyampaian Rasulullah saw mengenai keinginannya yang kuat serta naluri yang sentiasa berharap dan selalu meminta-minta. Manusia memang diciptakan dengan sifat tergesa-gesa sebaik sahaja menghembus n