Posts

Makna Bacaan Dalam Solat

 Kita dah solat berpuluh tahun, tapi masih kdg2 lupa maksud atau makna bacaan dalam solat. Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita sekali lg faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat *Takbiratul-Ihram / Takbir:* Allah Maha Besar. *Doa Iftitah:* Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku daripada golongan orang Islam. *Al-Fatihah:* Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepa

Manusia Masih Mencari Allah Di dalam Allah

 Adakah kita Masih tidak mengenali Allah Tuhan yang mencipta kita daripada tiada begitu sahaja makhluk yang bergelar manusia? Sememangnya kita sering terkenang dan diulang-ulang dengan ayat 'awal agama mengenal Allah namun Masih tercari-cari kerana merasakan masih tidak mengenali. Siapa Allah? Mengapa Dia hanyalah Tuhan yang layak disembah selain Ilah-ilah yang dirupakan dengan pelbagai keadaan dengan tujuan untuk tunduk beribadah memohon segala sesuatu? Secara semulajadi manusia sememangnya mempunyai naluri untuk bergantung kepada satu kuasa yang diyakini untuk membantunya pada setiap permintaan. Sehinggalah ada manusia cuba mengaku menjadi Tuhan untuk disembah apatah lagi apabila mempunyai kuasa dan keistimewaan atau menjadi raja dan maharaja. Manusia adalah makhluk pelupa yang sentiasa alpa kerana kelalaian atau buta akibat keseronokan yang melampaui sehingga lupa asal-usul. Melampau adalah punca kita menjadi sesat dan tersesat kerana akibat melepasi garis atau telah ditetapkan

TAKDIR KITA

Satu lagi nak kongsi, kita telah ditakdirkan Allah swt dapat hidup atas dunia ni dari tiada kepada ada. kita manusia yang akan diberikan syurga atau neraka kecuali kita tukar diri kita kepada insan mukhlisin (ikhlas tunduk kepada Allah). Kita sama2 muhasabah jalan-jalan yang kita lalui dari tanpa seutas benang hingga jalan-jalan takdir hingga kini ke mana arah kita untuk menjadi golongan kanan atau kiri. Allah tidak lihat pada permulaan kita tapi pengakhiran kita bila terpisah dengan kelazatan dan kesibukan dunia apakah bekal kita kerana apa jua kesalahan dan dosa kita dengan Allah maka kita boleh bertaubat kecuali sesama manusia akan dihisab. Cukup menakutkan bila melihat betapa manusia ditakdirkan ke jalan kiri dengan kitab amal ditangan kiri dan betapa berharapnya kita untuk ditakdirkan ke jalan kanan dengan kitab amal ditangan kanan. Selagi punya masa dan betapa Allah memudahkan kita membuat kebaikan, mengingati akan akhirat walaupun sedetik maka beruntunglah daripada mereka yang t

SEMANGAT ASSOBIAH (PERKAUMAN) BOLEH MENJADI JAHILIYYAH

 Manusia yang telah mendiami bumi ini sejak ribuan tahun lampau semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s iaitu bapa segala manusia bersama Siti Hawa sebagai ibu seluruh keturunan manusia yang telah diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Mereka berdua telah berkembang biak dengan diberi keturunan yang ramai dengan kelahiran anak-anak yang berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Apabila jumlah mereka yang ramai bermula dengan gelaran anak-anak adam, setrusnya cucu-cucu adam sehingga keturunannya sehingga kini. Menurut riwayat Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama. Imam Abu Ja'far bin Jarir dalam kitab tarikhnya yang diriwayatkan dari beberapa perawi menyebutkan, bahwa Hawa dengan Adam melahirkan 40 anak dari 20 kelahiran. Atsar ini juga disebutkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanad yang sama.

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM, KITA BUKAN PEMILIK SYURGA DAN NERAKA

 Seringkali sejak dahulu lagi manusia sering berselisih pendapat tambahan pula setiap dari kita mempunyai citarasa dan keinginan yang berbeza namun kadangkalanya mempunyai titik persamaan yang sama menjadi sebuah ikatan yang kuat. Sejak peristiwa pembunuhan pertama dikalangan anak manusia, kisah Habil dan Qabil menjadi contoh bagaimana takdir menjadi satu pengajaran tentang pertelagahan serta permusuhan yang terbitt dari keinginan nafsu manusia yang boleh membawa bencana. Dalam menelusuri sejarah tersebut, inilah cerita atau pengkhabaran Allah SWT. tentang nasib yang akan menimpa setiap manusia apabila terjerumus dalam suatu kesalahan (dosa) dan kepatuhan dari melakukan dosa menyebabkan nasib antara dua orang anak Adam AS. itu membawa kepada kecelakaan atau kebahagiaan. Kesabaran orang yang faham akan hakikat kepatuhan kepada pemilik syurga dan neraka hanya berserah kepadaNya walaupun telah diancam oleh saudara sendiri untuk membunuhnya kerana sifat ketakwaan yang tinggi dan masih mamp

KITA MANUSIA, KE SYURGA ATAU KE NERAKA

 Hakikatnya semua kita tidak pernah mengingati atau cuba mengingati dimana kita semua sebelum diberi kehidupan di dunia ini kerana kealpaan manusia itu adalah sifat utama apabila kita telah boleh berfikir dan keluar dari peringkat usia mumayyiz (yang tidak dipertanggungjawabkan tentang dosa dan pahala). Manusia adalah makhluk istimewa dan itu telah diperakui oleh Sang Maha Pencipta dititipkan melalui firmanNya dalam kitab termulia iaitu Al-Quran sebagaimana disampaikan oleh para penghulu segala Nabi dan Rasul junjungan besar SAW. Ketika Allah SWT. berfirman kepada para malaikat akan kehendaknya ingin menciptakan satu makhluk yang akan memakmurkan bumi sebagai pentadbir (khalifah) dimana dipersoalkan oleh para malaikat mengenai keraguan mereka terhadap makhluk yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Selayaknya hanya Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dengan berfirman atas jawapan terhadap keraguan para malaikat itu hanya Dia sahaja yang mengetahui atas kehen

KORBAN DARI HATI NURANI

Salam Hari Tasyrik 12 Zulhijjah 1442H - Pengertian Kurban dalam ilmu feqah dikenali juga dengan istilah Udhhiyah. Di dalam Kitab Al-Jaami' Liu Ahkaamil Quran Imam al-Qurtubi mendefinisikan Udhhiyah secara bahasa dengan 'Kambing yang disembelih pada waktu dhahwah (waktu dhuha).' Sedangkan Udhhiyyah menurut istilah syara' sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Abdiin dalam Kitab Hasyiah Ibnu Abdiin adalah: 'Haiwan yang disembelih dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah SWT di hari Nahr dengan syarat-syarat tertentu.' Dalam buku 'Fiqh Ibadah' oleh Zaenal Abidin, perintah menyembelih haiwan qurban ini disebutkan Allah SWT dalam Al Qur'an surat Al-Kautsar ayat 1-3. ‎إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ innā a'ṭainākal-kauṡar Artinya: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. ‎فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ fa ṣalli lirabbika wan-ḥar Artinya: Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah. ‎إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ inna sy