Posts

12 RABI'UL AWWAL YANG SEPI

Allammasholli ala Sayyidina Muhammad wa'ala a'lihi Muhammad, Kamashollai taala Sayyidina Ibrahim wa'ala a'lihi Ibrahim, Wabarik a'la Muhammad wa'ala a'lihi Muhammad, Kamabarakhta'ala Ibrahim wa'ala a'lihi Ibrahim, fili a'lamin nainnaka Hamidunmajid. Tanggal 12 Rabi'ul Awwala 1440H yang lalu adalah salah satu tarikh yang amat penting bagi kita yang merindui serta menyanjungi manusia paling luhur akhlak budi pekerti, insan teladan sepanjang zaman Rasul khatamul Anbiya' junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan manusia dipilih Allah SWT sebagai pesuruhNYA, hamba ikutan contoh tauladan kepada semua umat manusia seluruhnya. Ajaran yang dibawa oleh baginda adalah kesinambungan dari pada keberkatan yang diwarisi turun-temurun daripada moyang baginda Sayyidina Nabi Ibrahim AS yang membina semula Kaabah, bapa kepada ramainya nabi-nabi dari benih baginda sehingga ke penutup segala nabi junjungan besar Rasulullah SAW. Sebagaimana...

MADRASAH RAMADHAN: AKU MASIH MUSLIM TETAPI BELUM MUKMIN

Segala puji bagi ALLAH swt Tuhan yang wajib disembah oleh semua manusia dan tiada makhluk lain yang setara dengannya dan DIA Tuhan yang mempunyai langit dan bumi serta sekelian alam. Alhamdulillah masih berkesempatan dan diberi kekuatan untuk menulis walaupun telah ditimpa seribu satu kelemahan dalam dua hobi utama pada masa lalu iaitu menulis dan membaca kerana kesibukan dunia yang seperti tiada berpenghujungnya. Hari ini genap seminggu menjalani ibadah berpuasa dengan memasuki hari ke-8 Ramadhan 1440 yang sekali lagi tiba buat seluruh umat Muhammad saw sebagai sebuah 'shahrul-madrasah' selama 30 hari kita ditarbiah. Bermula dengan menahan lapar dan dahaga serta mengekang keinginan nafsu yang senantiasa bergelora dijiwa sebagai seorang manusia biasa. Cabaran hari ini ialah dunia semakin sibuk dengan pelbagai sebaran dari segi penyediaan pelbagai jenis makanan serta kenikmatan lain yang berada diluar rumah serta media elektronik yang berada didalam rumah serta media so...

KITA TIADA PILIHAN KERANA SEMUANYA TELAH DIATURKAN

Siapalah kita tanpa kehendak (iradat) NYA, kita adalah makhluk yang terpilih untuk menjadi khalifah manusia. Kenapa kita wujud dan diberi nikmat hidup didunia dan peluang untuk ke syurga? Memetik kata-kata Ustaz Wan Hizam dalam kuliahnya, itu semua kerana Allah swt tu ingat kepada kita maka diwujudkan kita dimana kita belum wujud dan dikenali oleh sesiapapun. Cahaya Muhammad (Nur Muhammad) yang membuatkan makhluk bernama Adam a.s itu wujud dengan keturunannya menjadi khalifah dimuka bumi ini. Secara ringkasnya Nur Muhammad itu dijadikan oleh Allah swt sebagai permulaan penciptaan kepada semua makhluk-makhluknya kerana Allah swt itu zat yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu daripadaNYA kita semua makhlukNYA datang dan kepadaNYA jualah semua mahlukNYA kembali. Namun begitu hadis daripada Attarmizi dan Ibnu Daud merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Makhluk yang mula-mula sekali dicipta ialah Al-Qalam, maka Allah swt berfirman, tulislah olehmu, Al-Qalam pun bergetar...

SIFAT ALLAH SWT ARRAHMAN DAN ARRAHIM

Ketika mendengar kuliah Tafsir Surah Al-Ghafir (Al-Mukmin) pada baris ayat-ayat terakhir daripda surah tersebut Ustaz Khairullah Mamat telah menjelaskan tentang dua sifat  Allah SWT ini kepada para hambanya. Semua orang islam disarankan untuk membaca Bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu perkara yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani". Umumnya semua orang tidak mengambil tahu akan dua sifat Allah yang tersebut dan maksudnya secara betul dan dibahaskan oleh para ulama muktabar. Sifat Ar-Rahman (Maha Pemurah) ini adalah antara sifat-sifat Allah SWT yang meliputi seluruh makhluknya yang telah diciptakan dan diberi peluang untuk hidup dari keadaan tiada kepada wujud untuk menkmati satu bentuk kehidupan dengan nikmat serta rezeki yang diaturkanNYA. Sifat Pemurah Allah SWT adalah amat berbeza sekali dengan sifat pemurah manusia. DIA akan memberikan segala nikmat serta rezki kepada semua makhluknya tanpa mengira amalan-amalan ...

DOA UMUM2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SELAMAT PAGI RABU 2 Rabiul Awal 1439 H 22 Nov 2017 M ُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya اَللّهُ :- Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU... Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.... Jauhka...

DOA UMUM

AHAD 5 Rabiul Akhir 1439 H / 24 Dis 2017 M السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ. اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن Ya اَللّهُ...Ya Rahman Ya Rahim..Ya Maghfirah.. Ya Zaljala, li wal iqram. Kau Ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dan dosa anak-anak cucu, isteri/suami kami dan saudara mara serta sahabat sahabat sekelian umat islam kami. Ya اَللّهُ.. Ya Rahman... cucurilah rahmat kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjuk agar kehidupan kami hari ini Dan hari-hari yg mendtg dlm keadaan baik dan sentiasa mendpt perlindungan Mu. Ya اَللّهُ..Ya Salaam... bantulah kami dalam mengingatiMu, dan dalam mensyukuri setiap nikmat kurniaanMu, dan dalam ...