KITA TIADA PILIHAN KERANA SEMUANYA TELAH DIATURKAN

Siapalah kita tanpa kehendak (iradat) NYA, kita adalah makhluk yang terpilih untuk menjadi khalifah manusia. Kenapa kita wujud dan diberi nikmat hidup didunia dan peluang untuk ke syurga?

Memetik kata-kata Ustaz Wan Hizam dalam kuliahnya, itu semua kerana Allah swt tu ingat kepada kita maka diwujudkan kita dimana kita belum wujud dan dikenali oleh sesiapapun. Cahaya Muhammad (Nur Muhammad) yang membuatkan makhluk bernama Adam a.s itu wujud dengan keturunannya menjadi khalifah dimuka bumi ini.

Secara ringkasnya Nur Muhammad itu dijadikan oleh Allah swt sebagai permulaan penciptaan kepada semua makhluk-makhluknya kerana Allah swt itu zat yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu daripadaNYA kita semua makhlukNYA datang dan kepadaNYA jualah semua mahlukNYA kembali. Namun begitu hadis daripada Attarmizi dan Ibnu Daud merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Makhluk yang mula-mula sekali dicipta ialah Al-Qalam, maka Allah swt berfirman, tulislah olehmu, Al-Qalam pun bergetar kerana perintah Allah swt itu selama seribu tahun, maka Allah swt pun memerintahkannya menulis segala takdir semua makhluk sehingga hari kiamat".

Siapa kita untuk memilih di zaman mana kita akan hidup, dari sulbi siapa kita akan keluar dan menentukan sendiri ajal, rezeki, jodoh serta nasib akhir yang buruk ataupun baik kerana kita tidak mampu dan berkuasa keatas apa-apapun. Apabila kita dilahirkan kita adalah manusia yang sering lupa dan alpa sehingga tidak mengingati apa-apapun yang dilakukan oleh kita sepanjang kita membesar. Kita hanya boleh mengingat hanya sebilangan kecil sahaja waktu atau sesuatu peristiwa dari jumlah tahun yang kita tela hidup sehingga hari ini. Siapakah kita untuk menentukan apapun kecuali semuanya adalah dari pertolongan dan jalan-jalan takdir itu seperti yang telah ditakdirkan olehNYA. Pilihan yang kita ada setelah dewasa dan boleh menggunakan akal ialah hanya bersifat alami seperti memilih makanan atau pakaian namun semuanya adalah terbatas. Kita tidak berkuasapun untuk memilih apa-apa yang yang kita kehendaki dan ingini seperti jodoh kita, rezeki serta pekerjaan kita lebih-lebih lagi tarikh kematian atau mengelakkan sesuatu penyakit atau bala kecelakaan yang akan menimpa.

Walaubagaimanapun, Allah swt pernah berfirman sebagaimana yang diterangkan didalam hadis-hadis bahawasanya setelah ditepuk punggung Adam a.s itu akan keluarlah benih-benih dimana terdapat dua pilihan pengakhirannya. Setiap dari Bani Adam ini telah tersedia akan jalan-jalan takdirnya sama ada baik atau buruk dan keimanan serta ketakwaan mereka yang akan memilihnya. Jika benih itu tempat akhirnya di syurga maka ALlah swt akan mendorongnya mengamalkan amalan-amalan ahli syurga begitu juga neraka maka Allah swt akan mendorongnya sehingga masuk ke neraka. Oleh yang demikian, jika kita buta hati tentang apa yang ditakdirkan diperoleh dalam hidup kita ini bermula dengan berasal daripada keluarga orang-orang islam dengan melakukan maksiat dan amalan-amalan jahat sebagaimana amalan-amalan ahli neraka maka rugilah kita. Bagi mereka-mereka yang memperoleh takdir dari Allah swt lahir dikalangan keluarga bukan Islam lalu dibuka hidayah pula dalam menerim a islam serta mengamalkan amalan-amalan sebagaimana amalan ahli syurga maka beruntunglah kita.


Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya