SIFAT ALLAH SWT ARRAHMAN DAN ARRAHIM

Ketika mendengar kuliah Tafsir Surah Al-Ghafir (Al-Mukmin) pada baris ayat-ayat terakhir daripda surah tersebut Ustaz Khairullah Mamat telah menjelaskan tentang dua sifat  Allah SWT ini kepada para hambanya.

Semua orang islam disarankan untuk membaca Bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu perkara yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani". Umumnya semua orang tidak mengambil tahu akan dua sifat Allah yang tersebut dan maksudnya secara betul dan dibahaskan oleh para ulama muktabar.

Sifat Ar-Rahman (Maha Pemurah) ini adalah antara sifat-sifat Allah SWT yang meliputi seluruh makhluknya yang telah diciptakan dan diberi peluang untuk hidup dari keadaan tiada kepada wujud untuk menkmati satu bentuk kehidupan dengan nikmat serta rezeki yang diaturkanNYA. Sifat Pemurah Allah SWT adalah amat berbeza sekali dengan sifat pemurah manusia. DIA akan memberikan segala nikmat serta rezki kepada semua makhluknya tanpa mengira amalan-amalan atau sikap makhluk tersebut kerana hambanya yang derhaka dan ingkar sekalipun akan mendapat rezeki dan nikmat kekayaan yang melimpah ruah. Jika dibandingkan dengan manusia, mereka terikat dengan perasaan kasih sayang atau perasaan marah serta dendam yang akan membalas perbuatan orang lain dan berkira-kira untuk memberi bantuan, sumbangan kepada hanya yang diinginkan atau disayangi.

Dengan sifat Maha Pemurah Allah SWT juga akan menjadi ujian kepada semua hamba-hambaNYA sama ada akan terus ingkar atau patuh kepada segala perintahNYA kerana rezeki dan nikmat-nikmat tersebut tidak akan putus. Oleh sebab itulah kadangkala manusia kan terus leka dan bersikap lewa dengan anggapan jika ALLAH SWT tidak suka kepadanya maka rezekinya akan tertutup. Sikap ini selalunya terjadi kepada mereka yang kaya-raya mendapat limpahan rezeki namun pada masa yang sama menjadi makhluk yang derhaka dan ingkar kepadaNYA. Mereka akan terus alpa kerana sangkaannya ia mendapat kasih sayang ALLAH SWT dengan segala macam pemberianNYA seterusnya menganggap kehidupan mereka dirahmati oleh ALLAH SWT. Sejarah telah membuktikan bahawa berapa banyak umat-umat terdahulu akan binasa dengan nikmat-nikmat pemberian ALLAH SWT walaupun mereka ingkar dan diberi amaran oleh para Rasul terdahulu. Ini diberitakan dalam Al-Quran oleh ALLAH SWT melalui firman-firmanNYA yang dapat kita dapati dari kisah Firaun, Namruz dan sebagainya.

Bagi Sifat Ar-Rahim (Maha Pengasih) pula adalah sifat ALLAH SWT yang khusus untuk para hamba-hambanya yang taat, sabar dan sentiasa memohon ampun kepadaNYA. Sifat inilah yang akan menyebabkan orng-orang berdosa akan mendapat keampunan serta dibebaskan daripada seksaan api neraka. Sifat ini juga yang menyebabkan semua makhluk yang ingkar akan dapat masuk kedalam syurga setelah menjalani seksaanNYA yang telah diberi amaran-amaran oleh para utusanNYA yang terdahulu sejak zaman-berzaman. Sifat ini bukanlah untuk semua makhluknya tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja akan mendapatnya iaitu para hamba-hambanya yang sering bertaubat dan bergantung harap keampunan kepadaNYA.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya