12 RABI'UL AWWAL YANG SEPI

Allammasholli ala Sayyidina Muhammad wa'ala a'lihi Muhammad, Kamashollai taala Sayyidina Ibrahim wa'ala a'lihi Ibrahim, Wabarik a'la Muhammad wa'ala a'lihi Muhammad, Kamabarakhta'ala Ibrahim wa'ala a'lihi Ibrahim, fili a'lamin nainnaka Hamidunmajid.

Tanggal 12 Rabi'ul Awwala 1440H yang lalu adalah salah satu tarikh yang amat penting bagi kita yang merindui serta menyanjungi manusia paling luhur akhlak budi pekerti, insan teladan sepanjang zaman Rasul khatamul Anbiya' junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan manusia dipilih Allah SWT sebagai pesuruhNYA, hamba ikutan contoh tauladan kepada semua umat manusia seluruhnya.

Ajaran yang dibawa oleh baginda adalah kesinambungan dari pada keberkatan yang diwarisi turun-temurun daripada moyang baginda Sayyidina Nabi Ibrahim AS yang membina semula Kaabah, bapa kepada ramainya nabi-nabi dari benih baginda sehingga ke penutup segala nabi junjungan besar Rasulullah SAW. Sebagaimana doa baginda yang hebat dan diulang-ulang dibaca oleh sekelian manusia, " rabbij'alnī muqīmaṣ-ṣalāti wa min żurriyyatī rabbanā wa taqabbal du'ā` (Ya Tuhanku, jadikan lah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankan lah doaku).

Agak gusar dan sedih pada tahun ini seperti sunyi sepi tiada promosi yang hebat atau majlis-majlis yang besar mega, konsert-konsert selawat sebagai tanda ingatan dan peringatan tentang susuk tubuh yang amat penting bagi ummah dan seluruh jagat raya ini kerana baginda terkenal dilangit dan dibumi. Pesta hari jadi ini sepatutnya mesti menjadi perayaan besar selain cuti umum yang perlu diwarna-warni dengan selawat dan puji-pujian selain selain promosi sunnahnya kerana ternyata baginda satu-satunya Nabi yang diutuskan untuk semua bangsa manusia di serata benua.

Sungguh lemahnya kami wahai bulan purnama, penerang gelap-gelita membawa sinar keseluruh buana dikaulah cahaya diatas cahaya seperti lagu Qamarun Sidnan Nabi ini:

Kamu sangat indah yang belum pernah lihat oleh mata,
Kamu seorang suci yang tidak pernah dilahirkan oleh seorang wanita
Kamu diciptakan terhindar daripada keaiban
Seolah-olah kamu di ciptakan seperti mana yang kamu kehendaki

Qamarun…
Bulan….
Bulan….
Kamu umpama bulan wahai penghulu kami…

Wahai keindahan…
Wahai keindahan…
Engkau sangat indah wahai penghulu kami

Qamarun…
Bulan….
Bulan….
Kamu umpana bulan wahai penghulu kami…

Wahai keindahan…
Wahai keindahan…
Engkau sangat indah wahai penghulu kami

Dan Tangan penghulu kami seperti bunga  yang mekar
Dan keharuman nya kekal apabila di sentuh oleh tangan-tangan
Dan Tangan penghulu kami seperti bunga  yang mekar
Dan keharuman nya kekal apabila di sentuh oleh tangan-tangan
Dan pemberian nya meliputi bagi setiap umatnya
Dan pemberian nya meliputi bagi setiap umatnya
Dan pemberian nya meliputi bagi setiap umatnya
Kekasih Allah wahai sebaik-baik manusia

Wahai bulan…
Bulan….
Kamu umpana bulan wahai penghulu kami…

Wahai keindahan…
Wahai keindahan…
Engkau sangat indah wahai penghulu kami

Kamu tidak ada bayang- bayang kerana kamu adalah cahaya
Kamu umpama matahari dan bulan
Kamu tidak ada bayang- bayang kerana kamu adalah cahaya
Kamu umpama matahari dan bulan
Tidak akan ada hidayah sekiranya bila baginda tidak ada
Tidak akan ada hidayah sekiranya bila baginda tidak ada
Tidak akan ada hidayah sekiranya bila baginda tidak ada
Dan setiap alam semesta bercahaya dengan sebab baginda

Bulan…
Bulan….
Kamu umpana bulan wahai penghulu kami…

Wahai keindahan…
Wahai keindahan…
Engkau sangat indah wahai penghulu kami…

Comments

Popular posts from this blog

Kitab-kitab Ibrahim dan Musa

12 Jenis Doa Iftitah

Takdir Allah Ta’ala di Dalam Ciptaan-Nya