Hari Arafah
بسم الله الرحمن الرحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العلمين Kelebihan Hari Arafah. Alhamdulillah, satu lagi hari yang sangat istimewa dalam agama kita, iaitu Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah bersamaan 25/10/2012 (hari Khamis ni) akan muncul lagi berdasarkan aturan Allah swt. SubhanAllah. MasyaAllah. Hari Arafah banyak kelebihannya bagi kita yang mengambil peluang hidup dan yang sentiasa mahukan hidup yang diredhai Allah swt . Kerana itulah sebab dan maksud kita diciptakan dari tiada kepada ada. Semata-mata menjadi hamba Allah swt. Berikut kelebihan hari Arafah: 1) Hari paling ramai manusia dibebaskan daripada Neraka. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم . "Tiada mana-mana hari yang lebih banyak Allah bebaskan hamba padanya dari neraka berbanding hari Arafah. Sesungguhnya DIA akan mendekat dan kemudian DIA berbangga dengan mereka kepada para malaikat, lalu DIA berkata: Apakah yang dikehendaki oleh mereka ini?" (sahih Muslim). - kita semua sangat...